Friday, March 29, 2013

YANG MASUK SINI DAN YANG MASUK SANA.

Ini grup yang masuk sini.



 Dan ini pulak grup  yang masuk sana.



.. dan akhirnya seri 0 - 0 !!!

Monday, March 25, 2013

ADA BLOGGER PRO PR SUDAH TERLALU YAKIN.


Sumber di sini.


Apa makna yang tersirat dalam entri ini. Saya kira penulis ingin menyatakan bahawa BN pasti akan kalah dan Pakatan Rakyat wajib akan menang dalam PRU 13 nanti. Kalau tidak masakan penulis berani menulis ..

"Lepas PRU 13 nanti ramai lah ahli UMNO akan masuk Hospital Gila .."

Jangan terlalu yakin bai. Kalaulah Pakatan Rakyat kalah nanti dan itu tidak mustahil, gambar di atas mungkin akan digantikan dengan gambar Anwar dan TGNA atau gambar awak sendiri.

Sunday, March 17, 2013

ANWAR KATA BUKAN DIA DALAM GAMBAR TU !


 Akbar The Star - 17/3/2013.

Anwar Ibrahim menafikan bahawa dia adalah salah seorang dari dua lelaki yang dalam keadaan tidak senonoh  seperti yang rancak diperkatakan dalam blog-blog politik sekarang ini. Dan seperti biasa dia menuduh UMNO dibelakang semua gimik politik ini.

Bagi pengikut taksub Anwar tentulah mereka menerima segala kata-kata beliau itu tanpa berfikir panjang atau membuat penyiasatan lanjut. Tentulah mereka mahu supaya semua orang tidak mempercayai cerita atau tuduhan yang dilemparkan kepada tokoh mereka ini.

Kita terimalah penafian Anwar itu dengan tidak menaruh buruk sangka.

Kalau begitu halnya, terimalah juga apa-apa penafian yang dibuat oleh Najib tentang penglibatan beliau seperti yang dituduh oleh penentang-penentangnya dalam kes Altantuya, misalnya.

Janganlah bila orang tuduh kita, kita mahu semua orang jangan percaya tetapi bila awak tuduh orang, awak mahu semua orang percaya.

Mana aci macam itu.


Saturday, March 16, 2013

ARUS BARU.

Semalam saya mendapat flyer Arus Baru yang diselitkan di cermin kereta saya. Sekali baca saya sudah tertarik kepada hala tuju entiti ini. Berikut saya petik sedikit tentang Arus Baru, seperti yang tertulis di dalam flyer tersebut seperti berikut:

Apa itu Arus Baru ? Arus Baru adalah sebuiah entiti yang berperanan memperkenalkan gaya politik baru sebagai pilihan kepada masyarakat yang buntu dengan dua blok kepartian sedia ada, seterusnya menjadi penentu, pendesak dan pengimbang kuasa untuk memastikan kedudukan Melayu dan Islam dalam perlembagaan terpelihara.

Untuk seterusnya bolehlah dibaca dari flyer tersebut yang jelas menerangkan dengan sendiri menerangkan maksudnya.


Muka hadapan.


 Muka belakang.

Satu kesan segera yang terfikir kepada saya jika gerakan ini berjaya adalah bahawa  tidak akan ada seorang calon pun dari yang bukan Islam terutamanya calon dari kaum India yang akan menang di kawasan majoriti Melayu Islam, jika kawasan itu turut ditandingi oleh calon Melayu Islam yang memenuhi 5 ciri seperti yang dinyatakan oleh Arus Baru tersebut.  Ini kerana buat masa ini tidak ada satu kawasan pun di Malaysia ini yang mempunyai bilangan pengundi yang majoritinya dari kaum India.

Sunday, March 10, 2013

PKR MEMANG HEBAT !


 Keratan Akhbar The Star - 9 Mac 2013.

PKR telah mengkritik cara Kerajaan yang dikatakan terlalu berlembut pada peringkat awalnya dalam tindakannya menangani pengganas dari Sulu yang menceroboh Sabah.

Kalaulah pada peringkat awalnya, Kerajaan telah mengambil tindakan mengepung dan membunuh semua penceroboh tersebut tanpa kecuali, saya rasa akan ada kritikan atau kutukan dari PKR seperti berikut.

"Kenapa Kerajaan kita begitu zalim kepada mereka sedangkan kita adalah sama-sama berugama Islam"

"Kenapa perlu berlaku pertumbahan darah, sedangkan perkara itu boleh dielakkan kalau kerajaan pandai menggunakan diplomasi"

"Kenapa Kerajaan menggunakan tentera untuk menentang pengganas yang hanya seramai itu"

Dan macam-macam lagilah komen dari 'bijak pandai' segera dari PKR atau PR. Memang mudah bercakap kerana lidah tidak bertulang tambah-tambah lagi kalau kita duduk di luar padang atau di luar gelanggang. Macam penonton yang mengkritik Beckham dalam perlawanan bola sepak sedangkan yang mengkritik itu sendiri mungkin gagal dalam pemilihan untuk mewakili pasukan bola sepak kampung sendiri.

Cakap-cakap begini semuanya tak boleh pakai. Buat menyakitkan hati sahaja.

Tuesday, March 5, 2013

RAMAI BIJAK PANDAI DALAM PERISTIWA LAHAT DATU.

 

Sumber: Sini


Sekarang ini nampaknya ramai betul orang yang pandai dari segi taktik peperangan. Masing-masing nak memberi pendapat tentang cara memerangi penceroboh dari Sulu di Sabah.

Apa sahaja cara yang dibuat oleh Polis dan Tentera semuanya tak betul. Hanya cara dia sahaja yang betul. Orang yang bercakap tu pernah ke jadi polis atau tentera ? Pernah ke pergi berperang ? Entah-entah senapang M16  pun tak tahu nak guna atau belum pernah pegang.

Kalau kita bukan ahli dalam sesuatu bidang, eloklah kita tutup mulut dan beri kepercayaan kepada yang ahli menanganinya. Bukan tak boleh beri pendapat atau membincangkannya, tapi janganlah sampai hendak menghina (condemn)  apa yang dibuat oleh polis atau tentera.

Dan kalau kita tak boleh beri sumbangan dalam bentuk tenaga, wang ringgit atau harta benda, baiklah tak usah menyibuk.



Sunday, March 3, 2013

KALAU TAK YAKIN UNTUK MENANG.

 

Kalau dah rasa tak yakin akan menang dalam perlawanan bola sepak misalnya, apa kita buat ? Secara perang saikologi kita mulakan dengan dakwaan bahawa pengadil adalah berat sebelah dan tidak berguna. Bila kita benar-benar kalah, kita boleh berlindung dengan dakwaan tersebut dan hilanglah rasa malu. Mungkin penyokong-penyokong akan berkata:

"pasukan kita kuat, tapi pengadil tidak guna".

Dan kalau kita menang 1-0, kita akan diam atau mungkin berkata:

 "kalau pengadil tu tidak berat sebelah mungkin pasukan kita boleh menang 5-0"

Begitulah dengan Pakatan Rakyat. Mereka tidak yakin boleh menang dalam PRU ke 13 nanti. Semasa BN lemah pada PRU tahun 2008 dulu pun mereka tidak boleh menang dan jadi pemerintah di peringkat nasional, inikan pula semasa BN sedang kuat di masa ini.

Jadi apa mereka buat ? Buat ceramah dan himpunkan seberapa ramai orang. Beri gambaran kepada penyokong bahawa PR kuat dan semaki hari semakin kuat dan mendapat sokongan di semua cerok rantau. 

Kadang-kadang orang yang hadir ceramah itu pun, orang yang sama di merata tempat atau pun penyokong-penyokong  BN yang hendak mendengar "lawak jenaka" atau hiburan percuma.

Pada masa yang sama buat tuduhan dan dakwaan bahawa SPR tidak adil dan tidak berguna. Nanti bila kalah,  senanglah mereka berkata:

 "macamana kita boleh kalah, sedangkan setiap ceramah kita, berpuluh-puluh ribu orang hadir .. ini semua angkara SPR yang menjadi anjing BN"

Saya banyak kali pergi ceramah dalam PRU sebelum ini. Saya dapati ceramah anjuran BN, sunyi sepi tapi ceramah anjuran PR riuh rendah. Tapi bila pilihanraya, BN juga yang menang.

Ya lah dia kalah sebab SPR tidak adil !