Tuesday, May 21, 2013

TEMPOH SEMINGGU SUDAH SAMPAI.



PANAS: Amno ada SEMINGGU ja lagi untuk bersuka ria.


Tajuk entri pada blog ini memang panas. Tak tahulah sekarang siapa yang panas.

Tarikh penulis menulis entri itu adalah pada 13 Mei. Hari ini sudah 21 Mei. Maknanya sudah lebih seminggu. Jantung saya rasa tersumbat bila memikirkan kemungkinan-kemungkinan yang akan terjadi selepas tamat tempoh seminggu itu. Sekarang ini masih berdebar-debar lagi, manalah tahu kalau ada sedikit kelewatan.
 

Ramalan-ramalan macam ni dah selalu sangat kita dengar.Lebih kuranglah macam dulu masa Anwar kata 16 September dia akan berarak ke Putrajaya. Nampaknya mereka masih lagi berharap dan kini harapan itu sudah macam  mimpi siang.

Saya tidak pastinya entri ini dibuat berdasarkan angan-angan atau sengaja nak buat sensasi atau pun berdasarkan maklumat sulit yang diterima dari JPM. Apa-apa pun marilah kita sama-sama berdoa agar Anwar tidak merancang lagi untuk berarak ke Putrajaya pada 16 September tahun 2013 ini sebab khabarnya MDN kali boleh tahan tegasnya.


Ingat lagi tak  ? Masih tak serik-serik lagi kena kencing ?



Sunday, May 19, 2013

BUKAN KARPAL SAHAJA YANG BOLEH BERI CADANGAN.




 Karpal: Abolish the Senate - The Star, 19 Mei 2013.

Hari ini akhbar The Star melaporkan di muka surat 10 mengenai gesaan Karpal Singh agar Dewan Negara dihapuskan kerana menurutnya ia tidak memberi sebarang faedah. Katanya lagi kewujudannya hanya sebagai helah kerajaan untuk memasukan orang-orang yang telah ditolak oleh rakyat  ke dalam Parlimen melalui 'pintu belakang'.

Dia selanjutnya menggesa kerajaan supaya mengikut langkah Singapura yang mempunyai satu peringkat badan legislatif sahaja kerana katanya ia sangat sesuai untuk kepentingan rakyat.

Saya tiada masalah langsung dengan cadangan beliau itu kerana sesiapa sahaja boleh memberi cadangan. Kalau ia diterima oleh majoriti, maka teruskanlah. Ini negara demokrasi.

Jika Karpal boleh memberi cadangan, saya juga ingin memberikan cadangan. Kalau dia memilih Singapura untuk dicontohi, izinkan saya memilih Indonesia untuk diikuti.

Di Indonesia semua sekolah adalah satu aliran sahaja. Tidak dibenarkan sekolah selain dari sekolah kerajaan ditubuhkan. Tidak ada sekolah Cina, Sekolah Tamil dan sebagainya. Hanya Bahasa Indonesia sahaja dibenarkan untuk digunakan sebagai medium pengajaran kecuali subjek bahasa asing. Di Indonesia juga tidak dibenarkan rakyatnya menggunakan nama selain dari nama Indonesia walaupun mereka yang dari keturunan Cina atau India misalnya. Dan di Indonesia juga cuma Bahasa Indonesia sahaja yang diiktiraf sebagai  Bahasa rasmi.

Jadi, adakah salah kalau saya menggesa kerajaan Malaysia supaya mengikut jejak langkah Indonesia itu demi untuk keharmonian dan perpaduan nasional ?



Thursday, May 16, 2013

SOALNYA SAMPAI BILA ANDA MAHU BERDEMONSTRASI ?


Sumber: Sini.

Anwar Ibrahim dan pengikut-pengikut buta dia sekarang sedang sangat bergembira kerana demontrasi mereka mendapat sambutan di setiap tempat ia dianjurkan. So what ?
Kalaulah melalui demontrasi, kerajaan tidak juga (dan tidak mungkin, Insyaallah) dapat ditumbangkan dan rakyat terbanyak semakin benci melihat gelagat mereka, apa lagi yang mahu mereka lakukan. Teruskan demonstarasi ? Sampai bila ? Lima tahun ? Alangkah ruginya masa anda semua dalam perjuangan yang sia-sia. 
Saya sangat setuju dengan Karpal Singh  yang tidak setuju Kerajaan digulingkan melalui kekerasan. Negara kita ada undang-undang. Kalau sudah tidak mahu lagi hormat pada undang-undang, mahu jadi apa anda semua ? Bukankah Anwar juga selalu berkata "no body above the law"

Di samping itu kita juga ada Parlimen dan DUN. Dalam Parlimen, ramai sekali YB dari PR. Begitu juga di setiap negeri ada YB dari PR di dalam DUN. Apa lagi di Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor yang dikuasai mereka. Berbahaslah dengan rasional, berdasarkan fakta dan kebijaksanaan agar ia boleh diadili oleh rakyat. Bukankah itu lebih berkesan, mudah, bertamaddun dan teratur daripada melalak macam orang kena rasuk di padang-padang, dicelah-celah bangunan dan di jalanan ?



Wednesday, May 15, 2013

DIA ORANG KATA BN RASUAH.

Siapa yang mulakan budaya rasuah ?
Siapa yang suka beri rasuah ?
Siapa yang kerap merasuah Polis, JPJ, Imigresen dan Kastam ?
Siapa yang berani merasuah raja-raja ?

Budaya rasuah sudah sebati dengan mereka.
Bukan sahaja di Malaysia, tapi di mana-mana.
Misalnya di Indonesia dan Filipina.
Itu sebab mereka boleh hidup dan kaya raya di sana ?

Sekarang mereka kata kerajaan BN rasuah.
Sayangnya mereka yang buta sosiologi terus percaya tanpa usul periksa. 


KERAJAAN PAKATAN RAKYAT SELANGOR LEBIH HINA DARI KERBAU !

 
 Mahkamah Rayuan tolak saman 2,020 ibu tunggal di Selangor.


Saya lebih marah kalau orang kata saya tidak bermoral dari dikatakan tidak tahu undang-undang kerana bukan semua orang tahu undang-undang.

Kepada saya kegagalan ibu tunggal menagih janji dari kerajaan Pakatan Rakyat Selangor adalah lebih kepada isu moral.

Memang dari segi undang-undang mungkin betul manifesto bukan janji yang bersifat 'contractual' tapi kepada orang awam ia adalah janji. 

Cuma orang yang tidak bermoral sahaja yang berani bermain kata-kata dan berselindung di sebalik undang-undang untuk melepaskan diri.

Kata orang tua-tua, kalau kerbau dipegang pada tali, manusia dipegang pada janji. Jadinya kalau manusia tidak pegang pada janji, maknanya dia lebih hina dari kerbau.

p/s:  bila Mahkamah menyebelahi mereka, semuanya senyap sunyi !

Tuesday, May 14, 2013

BETUL KE OTAK ORANG MELAYU PALING MAHAL ?

OTAK ORANG MELAYU PALING MAHAL.

Perhatian: Harap tidak ada salah faham. Entri ini bukan menentang mana-mana individu atau mana-mana parti politk. Yang saya cuba nak tentang ialah mereka yang berfikiran yang sempit, selorong, tertutup, tidak rasional dan gagal menggunakan logik atau komensen (common sense).

........................................................................................

Saya teringat satu jenaka tentang otak yang diceritakan oleh seseorang pada suatu masa yang agak lama dulu. Katanya kalau ada kedai jual otak terpakai, otak siapakah agaknya yang paling mahal ?

Dia kata otak orang Melayu. Sebab apa ? Sebab jarang guna, jawabnya. Lawak itu bukan lawak kosong tapi ia penuh sindiran dan penuh makna. Maknanya kebanyakan orang kita  malas nak berfikir dan menganalisis. Apa yang nampak di depan mata atau didengar di telinga, itulah yang mereka percaya dan terus buat kesimpulan dan yang lebih teruk lagi sampai menyampai. Bila sampai menyampai, benda sejengkal jadi sedepa.

Berikut saya berikan dua contoh dakwaan yang tidak dapat terima oleh akal saya. Saya tidak tahu faktanya dan saya yakin yang mendakwa juga tidak tahu fakta yang tepat. Saya cuma nak bincang dari segi logik secara komensen (common sense). 

Contoh 1: Najib belanja RM58 billion untuk kempen PRU 13.


Mana Ustaz ini dapat angka ini saya pun tak tahulah.
 
Masuk akalkah Najib gunakan RM58 billion untuk kempen PRU 13 ? Bagi saya  dakwaan ini langsung tak masuk akal. Semasa saya bekerja dahulu, saya pernah dipertanggungjawabkan untuk membelanjakan peruntukan sebanyak RM10 billion yang diberi kepada Kementerian tempat saya bertugas. Peruntukan tersebut adalah siling yang perlu dibelanjakan dalam tempoh 5 tahun bagi melaksanakan pelbagai projek pembangunan di bawah Kementerian di seluruh Malaysia. 

Memang perit untuk menghabiskannya walaupun dengan bantuan JKR dan juga beratus-ratus konsultan. Itu baru RM10 billion, apalagi kalau sebanyak RM58 bilion dan dibelanjakan pula dalam tempoh bekempen yang singkat.   Sayangnya ada orang kita terus percaya dan sampai menyampaikan cerita ini. Bila kita tanya dari mana dan macamana engkau dapat angka sebanyak itu, dia akan jawab "entahlah .. aku dengar orang cakap je".

Mereka tidak pulak bertanya, kalau BN dikatakan membelanjakan sebanyak RM58 billion untuk kempen pilihanraya, berapa banyak pula yang dibelanjakan oleh Pakatan Rakyat ?  RM10 billion atau RM5 billion? Dan dari manakah sumber wang sebanyak itu ?

Terlalu banyak blog politik yang membuat rumusan tentang satu perkara berdasarkan prasangka bukan berdasarkan fakta atau fikiran yang rasional dan kritis. Saya percaya ada  sebahagian blogger yang hanya bertujuan meningkatkan kunjungan ke blognya dengan menerbitkan berita sensasi agar menghasilkan pendapatan yang lumayan dari iklan yang diperagakan. 

Contoh 2: 60 ribu warga Sabah masuk mengundi di Selangor dan Johor.



60 ribu warga Sabah masuk mengundi di Selangor dan Johor, dakwa penulis blog ini.
Ini satu lagi dakwaan yang tak masuk akal. Orang balik Haji pun sudah sesak airport. Ketibaan mereka berjarak kira-kira sebulan.  Cubalah bayangkan kalau 60 ribu orang masuk ke Malaysia dalam tempoh kira-kira  seminggu. Setelah saya congak-congak,  ia memerlukan sekurang-kurangnya 300 penerbangan sewa khas,  untuk membawa mereka datang dan menghantar mereka pulang. 
Kemudian mereka perlu diangkut dengan bas untuk dihantar ke destiniasi. Ia memerlukan sekurang-kurangnya 1,500  buah bas untuk tujuan tersebut. Kalau benar, tentulah jalan raya di Selangor dan Johor akan dipenuhi dengan bas-bas yang digunakan untuk mengangkut 60 ribu orang itu. Mereka juga perlu diberi tempat penginapan. Saya fikir tentulah tidak cukup semua bilik hotel yang ada di Selangor dan Johor untuk menampung mereka. 

Lagi sekali akal saya tidak dapat menerima dakwaan ini. Kalau gunakan komensen (common sense) pun sudah jelas dakwaan ini adalah temberang. Sayangnya ada juga orang yang percaya. Akibat terlalu percaya, ramailah misalnya pekerja Bangla dan Nepal yang nak balik ke asrama mereka selepas tamat bekerja di kilang kena belasah.

Tuan besar mereka yang menggembar-gemburkan pembohongan ini, tidur nyenyak dirumah atau hotelnya sedangkan pengikut mereka silap-silap kena tidur dalam lokap atau penjara.

Saya terlalu ingin percaya tuduhan dari Pakatan Rakyat adalah benar tapi saya perlukan bukti.  (Entri ini ada mengajarkan cara-cara mengumpul bukti). Kalau tak ada bukti yang lengkap, sekurang-kurangnya tuduhan itu biarlah masuk akal dan boleh diterima oleh komensen. Bukan semua orang boleh diperbodohkan pada setiap masa. You can fool some people sometimes. But you can't fool all the people all the time. Kalau anda mahu percaya, terserah tetapi saya belum lagi.

Seterusnya lihatlah gambar-gambar pemimpin-pemimpin kita untuk renungan mereka yang tak ada kerja lain, melainkan nak membelasah puak lawan.

 







Sumber: Sini.



Monday, May 13, 2013

SAYA KAGUM DENGAN ANWAR IBRAHIM.



Anwar Ibrahim memang hebat !

Anwar Ibrahim ada karisma yang hebat. Sampaikan bila dia kata benda yang hitam itu adalah putih, pengikut totoknya percaya bahawa benda yang hitam itu adalah putih. Nampaknya sahaja benda itu hitam tapi hakikatnya putih. Hebat. Misalnya kalau dia bercakap ada keluar bau durian, dan kalau kita tanya samada dia makan durian. Dia akan jawab.

"Mana ada .. hidung awak je yang bau macam tu"

Kalau dia kata BN menipu semasa pilihanraya, semua pengikut totoknya terus percaya tanpa sebarang soalan. Tak perlu fikir, sebab apa yang Anwar kata wajib betul dan mustahil salah. Sampai begitu sekali pendewaan pengikutnya terhdap beliau dia. Dan ini sangat bahaya.

Tidak ramai orang yang macam dia dalam dunia ini. Memang saya kagum dengan beliau dalam aspek ini. Yang hairannya kebanyakan pengikut totoknya tidak pun mengenal dia dari dekat. Mereka yang rapat dan bersama dengan dia semasa ABIM dan yang sama-sama menubuhkan PKR dulu, rata-rata telah meninggalkan beliau. Faktor ini sahaja sepatutnya sudah boleh membuka mata pengikutnya dan seterusnya meninggalkan dia. Akan tetapi itu tidak berlaku. Itu yang saya sangat kagum dengan Anwar.
  
Saya tidak tahu apakah ilmu yang dia pakai atau apakah benda yang dia sudah beri makan kepada pengikutnya hinggakan mereka sudah macam kerana rasuk.  Mengikut sahaja apa arahannya tanpa sedar.

Memang dia seorang tukang cakap (orator) yang cukup handal. Itu adalah satu anugerah. Sayangnya anugerah itu telah disesiakannya.Yang saya ingat orang yang punya kebolehan yang serupa dengan dia adalah Sukarno. Dia bisa bercakap berjam-jam lamanya. Pada masa itu pendengarnya lupa sekejap akan kemiskinan dan perut mereka yang lapar. 

Akan tetapi lihatlah apa yang telah ditinggalkan oleh Sukarno kepada rakyatnya berbanding Dr Mahathir misalnya. Dan sejarah juga akan akan melihat apakah yang telah ditanggalkan oleh manusia bernama Anwar Ibrahim untuk diwarisi oleh generasai akan datang. 



Sunday, May 12, 2013

LINTANG PUKANG, KELAM KABUT DAN HURU HARA DALAM PAKATAN RAKYAT.



  Impian tidak kesampaian.

Pemilihan CEC parti DAP lintang pukang. Tapi ada hati nak kritik kerja SPR.

Pemilihan MB Kelantan kelam kabut. Cakap bukan main lagi, ikhlas berjuang kerana Allah.

Pemilihan MB Selangor huru hara. Sekarang sudah tidak tahu siapa yang berkuasa dan cakap siapa nak dengar.

Yang masih utuh adalah cita-cita Anwar Ibrahim nak jadi PM.

Itu semua salah UMNO kah ? Ibarat ayam .. "kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi"

Macamana nak perintah negara macam ni. Nasib baik tidak dapat tawan Putrajaya hari itu. Kalau tidak, tak tahulah nak bayangkan macamana.


 

Friday, May 10, 2013

TIDAKKAH ANWAR RASA BERSALAH ?




Kerana tuduhan dia bahawa BN membawa masuk Bangla, menyebabkan pekerja kilang Bangla yang balik ke asrama dikasari. Kerana tuduhan dia juga, pengIkutnya menggila sehinggakan semua orang yang ada iras Bangla ingin dibelasah. Entah berapa orang yang telah menjadi mangsa.

Mereka yang bertindak mengkasari pekerja asing itu dan juga yang menahan warga Malaysia yang sah dari mengundi telah dan akan kena tangkap. Akibatnya mereka akan tidur di dalam lokap dan kalau didapati bersalah akan merengkok dalam penjara, sedangkan dia enak saja tidur di rumah atau hotel 5 bintang.

Tidakkah Anwar merasa bersalah kerana telah mempergunakan pengikutnya yang naif dalam usahanya untuk menghakis kepercayaan kepada BN dan SPR. Kasihanilah mereka. Takkan tak ada sedikit pun rasa bersalah memperkudakan pengikut awak yang macam sudah kena rasuk setan. Gunakanlah kebijaksanaan awak berpidato ke arah kebaikan umat Melayu khususnya dan kesejahteraan semua kaum di Malaysia ini amnya.

Kalau Allah telah menetapkan awak  tidak akan jadi  Perdana Menteri, walau sebanyak mana pun putar belit awak, ia tidak akan memberi bekas. Begitu juga sebaliknya, jika sudah tertulis awak akan jadi PM, walau seluruh jentera kerajaan digembling untuk menipu, awak tetap akan jadi PM. Yakinilah kepada Qada' dan Qadar Allah. Mungkin Allah ingin menyelamatkan umat Islam dan rakyat Malaysia,  menyebabakan awak tidak menang dalam PRU kali ini. Cukup-cukuplah tu menipu orang yang tidak berpelajaran kerana penyokong-penyokong awak yang cerdik semuanya sudah lari meninggalkan awak.







Tuesday, May 7, 2013

MAIN BELASAH JE IKUT SUKA HATI.


Sumber:  Sini.


Bukankah kita ada polis dan mahkamah ?

Kalau beginilah caranya kita mengambil undang-undang di tangan sendiri, tunggulah masanya bila semua orang tidak boleh lagi keluar rumah untuk pergi bekerja; di mana yang berniaga tidak dapat berniaga, yang ke laut tidak dapat ke laut, yang ke sawah tidak dapat ke sawah, yang ke sekolah tidak dapat ke sekolah dan seterusnya.  Tunggu sahaja di rumah menanti catuan makanan sampai. Pada masa itu, air mata darah pun sudah tidak berguna lagi. 

Jika itu benar-benar terjadi (minta dijauhkan Allah) kemana kita hendak pergi mengadu dan mengharapkan bantuan. Bukankah kepada Polis ?



MARI KITA MINTA TOLONG SAMA UN.


Gambar sekadar hiasan. Sumber sini.

Dua tiga hari lepas, saya ada terbaca dalam facebook mengajak semua orang menghantar e-mail kepada Kerajaan Amerika untuk menyatakan rasa tidak puas hati terhadap pengurusan PRU 13 yang tidak telus, tidak adil dan penuh dengan penipuan.

Kononnya Amerika bersedia menguruskan pilihanraya sekali lagi di Malaysia sekiranya mereka menerima permintaan yang  banyak. Saya tidak pasti samada ada orang yang tak cukup akal yang berbuat begitu. Saya cuma ketawa kerana sampai begitu sekali tidak masuk akalnya pihak yang membuat seruan menghantar e-mail itu.

Apa kata kalau pada PRU akan datang, kita jemput Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) mengendalikan pilihanraya di negara kita. Pada masa itu saya fikir boleh memadamkan cakap-cakap yang sambung-sambung tanpa bukti yang mengatakan SPR  bersekongkol dengan BN dalam PRU kali ini.  Saya sedia minta maaf jika dakwaan penipuan ini dibawa kepada mahkamah dah seterusnya mahkamah memutuskan bahawa memang ada penipuan.

Kalau tidak setuju dengan cadangan menjemput UN mengendalikan PRU akan datang, apa kata kita minta Amerika menjadikan Malaysia sebaga negerinya yang 51 selepas Hawai. Orang tua-tua kata 'alang-alang berdakwat, biar sampai hitam'.

Monday, May 6, 2013

WAHAI ANWAR IBRAHIM, TERIMA SAHAJALAH TAKDIR ALLAH YANG AWAK TU TAK DAPAT JADI PM !

Saya tak sempat nak buat entri baru. Mengantuk sangat. Saya baca entri lama dan saya dapati ada satu entri yang saya rasa menarik dan telah menjadi kenyataan. Entrinya di sini.



Saturday, May 4, 2013

SEANDAINYA PARTI PAKATAN RAKYAT MEMERINTAH.

Seandainya Parti Pakatan Rakayt memenangi  PRU kali ini dan memerintah negara Malaysia, pasti ada masanya pihak yang menjadi pembangkang iaitu BN akan mengkritik dasar dan pendekatan Kerajaan PR dalam mentadbirkan negara yang dirasakan tidak betul. Mungkin juga sekali sekala akan ada demonstrasi menentang sesuatu projek yang mereka (BN) rasakan tidak menguntungkan  atau menjejaskan kesejahteraan rakyat.

Pada masa itu saya yakin kerajaan Pakatan Rakyat akan berkata atau mengingatkan agar pihak minoriti menghormati suara majoriti. Tambah mereka lagi, Islam menyuruh pihak yang kalah supaya menerima kekalahan sebagai takdir dan berdosa melawan kerajaan yang telah dipilih dengan sah oleh rakyat melalui proses undian yang telus dan adil.

Mereka juga akan meminta supaya pembangkang tidak menimbulkan huru hara yang boleh membantutkan pelaburan dari luar negara dan seterusnya akan merencatkan pembangunan negara. Mereka juga akan meminta pihak yang kalah supaya bermuhasabah diri sendiri memikirkan mengapa mereka telah ditolak oleh rakyat.

Saya bukannya tidak menaruh keyakinan kepada BN akan menang, tetapi sebagai seorang Islam yang beriman, saya tidak mahu melawan iradat dan takdir Allah SWT.  Saya menulis entri ini semata-mata untuk merakamkan jangkaan saya dan jika suatu hari nanti ia ternyata benar maka pada masa itu bolehlah saya 'refresh'  entri ini. 



  Gambar hiasan di ambil dari sini.




ANWAR ATAU NAJIB ?



Kita semua tahu dan yakin bahawa sesuatu kejadian itu berlaku sudah ditakdir dan ditentukan oleh Allah SWT sejak azali lagi. Kata Imam Ghazali  .. "tiada yang lebih baik dari yang telah berlaku". Oleh itu kalau ditakdirkanNya BN  menang dalam PRU 13 nanti, kita harus menerima ianya dengan redha sebagai takdir Ilahi.

Sebaliknya kalau sudah tertulis di Loh Mahfuz Pakatan Rakyat akan menang walaupun dengan segala tipu daya BN (seperti yang didakwa oleh blogger Cananglahnie di bawah), pasti PR akan menang. Kerana tiada siapa yang mampu mengatasi tipu daya Allah untuk menjatuhkan yang batil.



Kalau ada yang tidak percaya atau mempertikainya, seolah-olah mereka mempertikaikan kebijaksanaan Allah. Seolah-olahnya Allah itu tidak tahu siapa yang patut dimenangkan.

Kita lihat di negara Pakistan suatu masa dulu, semasa Benazir Bhutto menang dalam pemilihan sebagai Presiden, ramai yang menjangka bahawa tidak mungkin seorang wanita dipilih menjadi presiden di sebuah negara Islam yang konservatif yang rata-rata tidak setuju wanita menjadi Ulil Amri. Sedangkan negara Amerika yang begitu hebat memperjuangkan persamaan gender pun belum pernah ada seorang wanita dipilih menjadi Presiden inikah pula negara mundur yang budayanya didakwa terkenal mendiskriminasi wanita.  Tapi bila Allah berkehendak Benazir Bhutto menang, tiada siapa yang mampu melawan kehendak Allah.

Jadi, apa pun keputusan PRU 13 nanti, haruslah kita sebagai orang yang beriman menerimanya dengan redha sebagai iradat dan takdir Ilahi.  Dan tidak menyalahkan SPR, tarikh yang tak sesuai, Polis, Askar, RTM dan sebagainya kerana itu semua tidak memberi bekas kalau tidak dengan izin Allah.

p/s:  Kalau jadi PM nanti, harap Anwar tak lupa untuk melaksanakan dua perkara kecil ini.


ANWAR IBRAHIM ADA BERANI ?



Sumber: Sini dan Sini.

Kata orang perkara yang paling senang dalam dunia ini adalah menyalahkan orang lain. Dan perkara yang paling seronok pula ialah mencari kesalahan orang lain.

Berikutan dakwaan Anwar Ibrahim yang mempercayai ada gerakan terancang dari Jabatan Perdana Menteri untuk membawa masuk besar-besaran pengundi diragui itu, terdapat pelbagai pihak yang menggemakan tuduhan itu di dalam blog dan facebook pro Pakatan Rakyat. Ada yang mendakwa seramai hinga kira-kira 40 ribu orang "pengundi hantu" akan diterbangkan dari Sabah ke Semenanjung untuk mengundi parti BN. 

Congakan kasar saya operasi ini memerlukan sekurang-kurangnya 200 kali penerbangan untuk membawa masuk dan keluar bilangan sebanyak itu dalam masa lebih kurang seminggu. Bilangan sebanyak itu bukan sedikit. Dan kapalterbang pun bukannya kecik macam basikal. Jadi apa susahnya mengumpulkan bukti melalui rakaman video. Panggil CNN, BBC dan lain-lain rakan Pakatan Rakyat  membantu mengumpul bukti untuk menyokong dakwaan ini.

Ambil video setiap penerbangan masuk dan keluar. Ambil video 'pengundi-pengundi diragui' itu keluar dari kapalterbang, memasuki bas yang telah disediakan dan ekori mereka sampai ke tempat-tempat mereka di tempatkan di seluruh Malaysia. Semasa hari mengundi ambil video mereka tiba dengan bas di tempat-tempat mengundi dan seterusnya rakamkan dengan video perjalanan mereka kembali semula ke tempat penginapan mereka. Jangan lupa rakamkan perjalanan mereka ke lapangan terbang untuk kembali semula ke tempat asal mereka.  Dan untuk mencukupkan bukti, rakamkan juga semasa ketibaan mereka di lapangan terbang dan seterusnya ekori dan rakamkan pergerakan mereka sampai ke kongsi-kongsi tempat tinggal mereka. Saya percaya Pakatan Rakyat mempunyai cukup sumber kewangan dan manusia untuk melaksanakan misi suci ini.

Selepas itu siarkan cerita ini ke seluruh dunia melalui rangkaian CNN, BBC dan lain-lain saluran selain memuat naik ke dalam Youtube dan lain-lain. Kalau ini dapat dibuat, barulah dakwaan Anwar itu ada kredibiliti dan orang boleh percaya. Kemudian tunggu sahajalah kutukan dari seluruh dunia dan seterusnya nantikan sahajalah kejatuhan dengan penuh kehinaan kerajaan BN dengan sendirinya.

Ada berani ?

BERITA TERBARU ..

Sekarang sudah meningkat kepada 60 ribu. Mungkin tak lama lagi 1 juta pulak !




Sumber: Sini.



Friday, May 3, 2013

KALAUA PAKATAN RAKYAT MENANG SAYA NAK TUNTUT DUA PERKARA SAHAJA.




Kalau Pakatan Rakyat menang dalam pilihanraya akan datang dan berjaya menawan Putrajaya, saya menuntut mereka melaksanakan dua perkara sahaja (selain dari tugas-tugas memerintah yang semua orang telah  sedia maklumi). Ia tidak melibatkan wang. Kalau ada pun, sikit sangat. Ia sangat mudah dilaksanakan. Bahkan ia boleh dilaksanakan dengan segera.

Pertama:

Kebebasan kepada mass-media (tv, radio, akhbar dsb) untuk membuat laporan tanpa sebarang gangguan atau tekanan termasuklah membenarkan parti pembangkang menggunakan tv atau radio untuk menyiarkan berita tentang aktiviti-aktiviti mereka. Sebetulnya kebebasan media adalah salah satu tonggak negara demokrasi. Selain dari itu ia juga telah lama  diperjuangkan oleh Anwar Ibrahim sejak dia dipecat dari UMNO dan juga jawatan Timbalan Perdana Menteri dan seterusnya makin lantang sejak PKR ditubuhkan.

Kedua:

Membuat perisytiharan  harta  secara umum dan bebas untuk disemak oleh sesiapa sahaja yang berkepentingan bagi semua harta benda yang telah dimiliki oleh setiap wakil rakyatnya serta keluarga masing. Ia juga perlu di buat pada setiap tahun untuk mengisytiharkan harta yang baru diperolehi. Perisytirahan ini haruslah di buat secara bersumpah dan jika didapati ada sesiapa yang secara sengaja menyembunyikan maklumat tentang harta mereka, mereka boleh didakwa dan dihukum penjara.

Itu sahaja tuntutan saya. Janji yang lain itu seperti penghapusan tol, imbuhan RM500 sebulan kepada guru, gaji minima RM1,100 sebulan tu mungkin susah sikit untuk dilaksanakan. Sekarang nampak tak susah. Bila dah memerintah nanti, tahulah.

Kalau dua perkara itu tidak boleh atau tidak mahu atau tidak mampu dibuat, saya pun tidak hairan kerana mereka akan beri beribu alasan seperti dijangkakan. Silap-silap fatwa baru pulak keluar nanti.



Wednesday, May 1, 2013

BAPA SAIFUL KENA TEKAN OLEH UMNO ?


Sumber: sini.

Kalau begitu saya juga boleh katakan bahawa semasa bapa Saiful  membuat permohonan maaf daripada Anwar Ibrahim dulu, dia menghadapi tekanan yang sangat kuat dari Pakatan Rakyat. Kalau tidak betul, bolehlah kita katakan masa itu dia dikenakan tekanan yang sangat kuat oleh UMNO supaya meminta maaf dari Anwar Ibrahim. Munasabah ke ? Kenyataan mana yang lebih masuk akal ?

Saya boleh agak skema tipikal jawapan orang Pakatan Rakyat. Kalau dia ditekan oleh UMNO itu adalah munasabah tapi kalau dia ditekan atau dibeli oleh Pakatan Rakyat itu alah bohong dan fitnah.

Seperkara lagi semasa bapa Saiful meminta maaf kepada Anwar dulu,  semua percakapan dan pengakuan dia sangat dipercayai oleh semua penyokong Pakatan Rakyat. Dia dianggap seorang yang paling ikhlas. Tapi bila dia ubah pengakuannya, tiba-tiba dia jadi orang yang paling tak guna.

Siapa yang tak guna sebenarnya ?