Wednesday, February 27, 2013

UMNO TIRU FIRAUN.



Sumber di sini.

Haji Hadi kata duit  BR1M itu adalah duit rakyat sebagai pembayar cukai.
Itu semua orang tahu, takkan duit Najib pulak.
Kalau dia jadi PM pun, takkan dia nak keluar duit sendiri berbilion-bilion untuk diagih-agihkan kepada rakyat.
Akan tetapi kerana kecekapan kerajaan BN mengurus ekonomi negara dari hasil cukai yang dibayar oleh rakyat itulah yang memungkinkan sumbangan itu di berikan.
Lain-lain negara pun kutip cukai juga tapi negara mereka tetap miskin. Rakyat mereka tetap menderita walaupun mereka pengeluar dan pengekspot minyak. Contohnya Nigeria. 
Begitu juga ada negara  maju dan lebih dahulu bertamaddun dari Malaysia telah jatuh muflis kerana tidak cekap mengurus ekonomi negara. Contohnya negara Greek.

Tuesday, February 26, 2013

KALAULAH NIK AZIZ MASUK UMNO.

 

Kalaulah Nik Aziz masuk UMNO tentu ramai yang terpinga-pinga. 
Entah-entah ada yang pengsan atau kena sakit jantung.
Ada tak agaknya penyokong totok PAS yang akan mengutuk Nik Aziz.

Adakah ia mustahil ?
Siapa berani kata mustahil ?
Dalam politik mana ada yang mustahil. Semuanya berkemungkinan belaka.
Dulu pun siapa sangka Anwar Ibrahim kena tendang dari UMNO.
Dulu pun siapa sangka Hassan Ali kena pecat dari PAS.
Dulu pun siapa sangka Ustadz Nasharudin boleh berbaik-baik dengan UMNO.
Dulu pun siapa sangka Ustadz Hadi akan berpelukan dengan Lim Kit Siang.
Gambar-gambar berikut boleh menceritakan apa yang telah berlaku dan apa yang mungkin akan berlaku.




Sunday, February 24, 2013

TAK PATUT MUFTI PERAK CAKAP CENGGITU.


Tak patutlah Mufti Perak cakap macam itu.
Itu satu kenyataan yang sangat berat.
Ia lebih teruk dari PAS yang telah mengkafirkan UMNO.
Kalau PAS hanya menggunakan perkataan kafir tapi dia menggunakan perkataan lebih teruk dari kafir. 
Maknanya PAS lebih kafir dari kafir.

Yang patut menghukum orang tu kafir atau tidak, biarlah PAS sahaja.

Friday, February 22, 2013

APA SALAHNYA KALAU PAKATAN RAKYAT PARTI KRONI ?


Sumber  >>> sini.

Apa salahnya ? 
Kenapa nak kecoh ?
Mereka dipilih berdasarkan merit. 
Mereka juga dipilih oleh pengundi dan ahli-ahli parti. 
 Di samping itu mereka semuanya berintegriti dan sedia berkhidmat untuk rakyat tanpa pilih kasih. 
Itu yang penting dan utama.

Yang tak bolehnya kalau orang BN atau UMNO yang buat !