Friday, April 13, 2018

KALAULAH ROSMAH MANSOR BERTANDING DALAM PRU 14 INI.

Kalaulah adik beradik DS Najib bertanding untuk jadi jadi wakil rakyat atau pegang jawatan kepimpinan politik dalam UMNO, tentu macam-macam kutukan yang tidak berkesudahan diberi oleh puak dalam Pakatan Harapan. Tapi kalau adik beradik anak mendiang Karpal Singh berbuat begikut, tidak mengapa.

Kalaulah DS Najib, isteri dan anak bertanding untuk jadi wakil rakyat atau pegang jawatan kepimpinan politik dalam UMNO, pasti berbakul-bakul sumpah seranah puak Pakatan Harapan berikan. Tapi kalau Anwar Ibrahim, Wan Azizah dan Nurul Izzah berbuat begitu, tidak mengapa. 

Kalaulah DS Najib, anak dan menantunya bertanding untuk jadi jadi wakil rakyat atau pegang jawatan kepimpinan politik dalam UMNO, tentu macam-macam kutukan yang tidak berkesudahan diberi oleh puak dalam Pakatan Harapan. Tapi kalau keluarga Lim Kit Siang berbuat begitu, tidak mengapa.

Itulah sebab susah saya nak hormat pembangkang kerana cakap tak serupa bikin. Orang lain tak boleh tapi bila kena batang hidung sendiri, semuanya wajar.

Nasib baik Rosmah Mansor tidak bertanding dalam PRU 14 ini. 




Wednesday, April 11, 2018

KALAULAH PAK LAH NAK BERTANDING SEMULA DALAM PRU KALI INI..

Kalaulah Tun Mahathir masih dalam  UMNO dan mahu bertanding semula dalam PRU kali ini, sudah pasti lunyai BN atau UMNO kena lanyak oleh Pakatan Harapan. Akan keluarlah kata-kata nista seperti, "UMNO sudah ketandusan pemimpin" atau "Tak ada org lain ke .. orang yang dah nak mampus pun disuruh bertanding"  atau "Rumah kata pergi, kubur kata mari, masih ada hati nak bertanding" dan sebagainya.

Akan tetapi bila benda itu tidak berlaku sebaliknya Tun Mahathir yang nak betandibg atas tiket Pakatan Harapan,  macam-macam justifikasi mereka cipta atau beri untuk menghalalkan atau membenarkan tindakan mereka.

Inilah perangai pembangkang kat Malaysia. Kalau jadi kat orang lain tak boleh, tapi kalau jadi kat mereka tak apa.

Mungkin ini adalah andaian sahaja. Tapi mengenali cara politik pembangkang, andaian ini payah hendak dinafikan kebenaranjya. Banyaklah contoh-contoh double standardnya sebelum ini.

Nasib baik Pak Lah tak cadang nak masuk bertanding kali ini.

Wednesday, May 31, 2017

USAH NAK BERLAGAK MAMPU BERI BONUS DUA ATAU TIGA BULAN GAJI.

Selangor dan Pulau Pinang memang negeri yang sudah sedia maju berbanding dengan negeri-negeri lain semasa mereka mengambil alih pentadbiran negeri Selangor dan Pulau Pinang dahulu. Semua orang tahu siapakah yang bertanggung jawab memajukan negeri-negeri tersebut sebelum mereka memerintah.

Oleh itu tidak hairanlah kalau mereka boleh bayar bonus dua setengah bulan atau tiga bulan gaji kepada penjawat awam negeri mereka. Ini adalah kerana hasil cukai, permit, lesen dan sebagainya yang dikutip tentulah banyak sebab negeri dah sedia maju. Banyak projek perindustrian, kilang, perusahaan, kedai, taman perumahan dan sebagainya terdapat di negeri-negeri tersebut berbanding dengan dengan negeri-negeri lain. Ibarat orang beli kebun durian yang sudah berbuah, bolehlah kenduri atau sedekah buah durian kat orang. Cuba-cubalah ingat siapa yang tanam, membaja, menjaga dan membesarkan pokok-pokok durian itu dahulu. 

Agak-agak kalau PKR atau DAP berjaya menawan Kelantan dulu bolehkah dia orang bayar bonus sebanyak itu ?

Lagi satu harus diingat, mereka bagi gaji dan bonus kepada kakitangan mereka semasa mereka bekerja sahaja sedangkan Kerajaan Pusat memberi pencen dan lain-lain kemudahan kepada pesara dan keluarga mereka sepanjang hayat mereka



Thursday, December 10, 2015

SALAHKAH PAS BUAT SURAU ?




Baru-baru ini saya balik ke kampung isteri saya kira-kira seminggu. Sebenarnya sudah lama saya tak balik ke kampung mertua saya sejak ke dua-dua mereka dipanggil menemui pencipta. Adik beradik isteri saya yang lain semuanya tinggal di bandar dan kami saling kunjung mengunjung. Rumah pusaka yang ada dijaga oleh sepupu isteri saya yang tinggal bersebelahan. Tetapi abang-abang dan adik-adik ipar lelaki saya yang lain sering juga pulang ke kampung menjenguk dan merepair rumah pusaka itu.

Seperti biasa bila balik ke kampung saya akan bersembahyang jemaah di masjid. Di samping itu dapat juga bertemu rakan-rakan sekampung. Kali ini semasa dalam perjalanan ke masjid, saya ternampak beberapa orang kampung yang kelihatannya hendak pergi bersembahyang kat surau yang berada di tepi jalan, tak berapa jauh dari masjid. Saya rasa jaraknya kurang dari 500 meter.

Sesampainya di masjid saya tanya beberapa orang jemaah masjid yang telah sampai lebih awal tentang surau itu. Mereka beritahu saya itu bukan surau tapi markas PAS tapi rekabentuknya serupa macam surau. Saya difahamkan ahli-ahli dan penyokong PAS turut mengerjakan sembanyang berjemaah di situ kecuali sembahyang Jumaat atau hari raya. Sejak terbinanya markas itu, orang kampung  saya sudah berpecah dua dalam mengerjakan solat berjemaah lima waktu.

Sebelum markas itu ada dulu, semua orang kampung saya sembahyang di masjid sedia ada. Tak pernah penuh pun, kecuali pada Jumaat dan hari raya. Biasalah, masjid kampung.

Saya tidak tahu nak kata tentang kewujudan markas (surau) itu. Tetapi dalam hati saya berkata-kata, alangkah baiknya kalau ia tidak di bina.



Friday, April 17, 2015

KALAULAH PAKATAN RAKYAT BENAR-BENAR IKHLAS, DAH LAMA LEBUHRAYA KOTA BHARU - KUALA KRAI SIAP.


Majlis Pecah Tanah pakej 1 Lebuhraya yang bakal menghubungkan Kota Bharu-Kuala Krai telah diadakan pada 7 Rejab 1433H bersamaan dengan 28 Mei 2012.

Kita semua tahu antara negeri di bawah Pakatan Rakyat yang kaya ialah Selangor dan Pulau Pinang. Negeri itu kaya pun bukan sejak PR memerintah tapi telah sedia kaya sejak dulu di bawah Perikatan dan BN lagi. Mereka ibarat dapat pokok yang sudah besar atau berbuah. Cuma perlu bubuh baja dan siram sahaja. Bukan mereka yang tanam.

 
  
Selain cadangan membina terowong menghubungkan pulau dengan tanah besar, kerajaan Pulau Pinang juga sedang merancang untuk membina kereta kabel bagi maksud yang sama. Begitulah kayanya negeri Pulau Pinang.


Kita juga tahu bahawa Negeri Kelantan, adalah negeri yang termiskin di antara negeri-negeri di bawah PR. Kalaulah pakatan mereka benar-benar ikhlas, Kerajaan PR Selangor dan Pulau Pinang boleh membantu Kelantan merealisasikan impiannya mengadakan lebuhraya tanpa tol tersebut sejak lama dulu lagi. Kerajaan Selangor dan Pulau Pinang misalnya boleh menghulurkan bantuan kepada Kerajaan Kelantan dalam bentuk pinjaman mudah dengan tempoh bayaran balik yang panjang. Atau lebih baik lagi kalau mereka memberi bantuan dalam bentuk derma atau geran.

Kalau ini dapat mereka lakukan dahulu, ia akan menjadi simen yang mengikat ketiga-tiga parti tersebut untuk menghadapi pilihanraya akan datang. Di samping itu, ia juga sudah tentu akan memperlihatkan kepada semua penyokongnya dan juga rakyat Malaysia akan keikhlasan dan kemampuan mereka untuk memerintah negara ini sebagai sebuah pakatan yang padu. Saya percaya ini akan membuatkan para penyokong mereka terus mengundi mereka. Di samping itu saya juga fikir sedikit sebanyak ia juga akan turut mempengaruhi mereka yang tidak menyokong mereka sebelum ini untuk mengundi mereka pada PRU akan datang.
 

Sebaliknya jika mereka terus begini, melepaskan "pucuk" masing-masing, saya tidak berani mengatakan bahawa harapan mereka untuk menawan Putra Jaya adalah cerah.




Saturday, August 16, 2014

KALAU AHLI PAS INGKAR ARAHAN PARTI OK PULAK !




Katanya Khalid Ibrahim dipecat dari PKR kerana mengingkari arahan parti PKR supaya meletak jawatan sebagai MB. Betul juga kerana dia dicalonkan bertanding ADUN dan seterusnya diperakukan menjadi MB oleh parti PKR. Adalah tidak bermoral, tidak malu dan tidak berprinsip kalau dia ingkar apalagi melawan arahan parti. Pendeknya kalau dia tidak mahu mengikut arahan parti, sewajarnya dia meletak jawatan. Oleh kerana dia enggan, maka tindakan memecat beliau adalah dirasakan patut.

Ia umpama seorang murid yang dilantik menjadi Ketua Sekolah, tiba-tiba dia tidak mahu mengikut dasar dan ketetapan sekolah dalam menjalan tugasnya sebagai Ketua Sekolah. Mana boleh ? Tentulah dia akan dipecat dari menjadi Ketua Sekolah. Dan dia tidaklah boleh mempertikaikan pemecatan dirinya. Prinsip ini sebenarnya tidak sulit untuk difahami.

Kalau begitu halnya maka tidak sepatutnya PKR atau Pakatan Rakyat menerima dua orang ADUN PAS (seperti gambar di atas) yang menyatkan sokongan kepada Wan Azizah sebagai MB. Bukankah parti PAS sudah membuat keputusan tidak menyokong Wan Azizah sebagai MB. Maka tidak sepatutnya sebagai parti yang dikatakan mempunyai prinsip yang teguh menerima orang telah melanggar atau mengingkari arahan parti yang diwakilinya.

Bukan begitu ?



Wednesday, January 1, 2014

SEGALANYA MUNGKIN.




Ramai orang beranggapan, kalau kita tukar kerajaan BN sekarang, keadaan akan jadi lebih baik. Katanya semua harga barang akan turun. Pasti ke ? Saya tidak fikir akan ada orang yang berani kata pasti. Kalau ada orang berani kata pasti, orang itu sebenarnya cuba bermain dengan mimpi.

Saya berkata begitu bukanlah kerana saya peminat berani mati kerajaan BN. Cumanya bila kita bercakap, biarlah berasaskan akal dan bukan emosi atau angan-angan. Entah-entah bila kerajaan PR memerintah, keadaan menjadi bertambah buruk. Segalanya mungkin.

Negara kita mengamalkan pasaran bebas. Harga ditentukan oleh faktor penawaran dan permintaan bukan oleh kerajaan. Kalau mahu kerajaan menetapkan harga, pilih sahaja kerajaan autokrasi macam di Korea Utara. Nak ke ?

Kerajaan PR pun bukan boleh harap sangat. Lidah bercabang.  Buktinya kenaikan elaun ADUN Selangor berkali lipat dan juga pembelian kereta Mercedes 3 siri oleh Lim Guan Eng.

Kalau mereka buat, semuanya wajar dan berpatutan. Kalau BN buat semua jahat dan busuk.


Friday, November 29, 2013

KALAU DIA YANG BUAT, TAK APA !

Kalau BN yang buat semua tak betul, tapi bila dia buat, sanggup bertegang urat mempertahannya tindakan mereka.

1. Kerjasama pelbagai kaum dan agama dalam politik.

Pengertian Tahaluf Siyasi

Tahaluf Siyasi membawa makna kerjasama harakah Islam dengan mana-mana pergerakan lain yang tidak bermatlamatkan Islam di dalam perjuangannya. Kerjasama ini boleh terjadi di dalam apa jua bidang yang dipersetujui bersama untuk sama-sama menghadapi musuh yang sama. Tahaluf Siyasi juga kemungkinan boleh berlaku dengan gerakan yang pernah atau berpotensi untuk menentang ideologi harakah Islam. Dalam suasana hari ini, tahaluf siyasi yang dimaksudkan juga termasuk kerjasama dengan golongan bukan Islam untuk menghadapi musuh yang sama
- N45. Dr Halimah Ali


Bukankah BN (dan sebelumnya Parti Perikatan) dah buat sejak dulu lagi ?

2. Elaun Wakil Rakyat.

Di bawah adalah artikel Harakah Daily :
KUALA LUMPUR, 11 Okt 2011: PAS menolak elaun khas Ahli Parlimen kerana mahu peruntukan berjumlah RM30 juta itu disalurkan kepada rakyat yang lebih memerlukan. 
Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub berkata beliau melihat elaun untuk ahli parlimen itu bukan satu keperluan mendesak pada masa ini berbanding beban ekonomi yang ditanggung rakyat. 
"Banyak lagi keperluan rakyat yang perlu diberi keutamaan. 
"Saya merasakan dengan penarikan itu menyebabkan kerajaan boleh menggunakan peruntukan itu untuk diagihkan kepada sektor masyarakat yang memerlukan," katanya ketika ditemui di Parlimen semalam. 
Mengulas lanjut penolakan itu juga, Salahudin yang juga ahli parlimen Kubang Kerian berkata, keperluan ahli parlimen pada waktu ini adalah bantuan dari sudut pejabat dan pegawai penyelidik, bukannya elaun seperti diumumkan. 
"Kita tak menolak bantuan, tapi yang kita perlukan seperti kemudahan pegawai penyelidik dan pejabat ahli parlimen," katanya lagi. 
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga berpenidian sama bahawa kepentingan rakyat lebih perlu untuk diutamakan. 
"Banyak rakyat umumnya hadapi tekanan ekonomi, amat tak wajar dalam masa yang sama kita menaikkan mendadak elaun ahli parlimen. 
"Walaupun kita katakan kita layak, ratusan rakyat lain juga layak, kenapa diberi pertimbangan khusus kepada ahli parlimen," katanya. 
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata keputusan penarikan balik kenaikan elaun anggota parlimen ekoran bantahan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat.
Sekarang kerajaan Selangor telah membuat keputusan menaikan elaun MB, wakil rakyat dan Speakernya, apa pulak kata PAS ?

3. DAP dan terowongnya.

"Suatu masa dahulu, sebelum Jambatan Pulau Pinang yang pertama dibina, puak-puak pembangkang terutama DAP menentang keras pembinaan jambatan berkenaan. Tun Mahathir, PM semasa itu menghadapi bantahan dan cabaran dengan tenang. Akhirnya Jambatan Pulau Pinang dapat dibina dengan kos asalnya RM800 juta. Peliknya, tiada sebuah pun jambatan yang menghubungi bahagian pulau dengan tanah besar pada masa itu. Feri merupakan pengangkutan utama pada masa itu. Kenderaan beratur panjang, berjam-jam menunggu jika musim perayaan dan musim cuti sekolah. Walaupun begitu, pembangkang tetap membantah pembinaan jambatan dengan alasan pembaziran wang rakyat. Inilah yang dikatakan pelik tapi benar. Yang benar kerana pembangkang pada masa itu diterajui oleh DAP yang membantah pembinaan jambatan itu. Jambatan pertama itu pun tak cukup besar, ditambahkan lagi 4 lorong. Masih tak cukup satu jambatan ditambahkan lagi jambatan kedua yang masih dalam pembinaan.
Yang peliknya, kenapa Guan Eng selaku KM Pulau Pinang begitu nampak tergesa-gesa nak bina terowong dasar laut? Peliknya jambatan kedua belum siap digunakan, terowong pula nak dibina. Apakah terowong itu merupakan suatu yang amat perlu untuk mengatasi kesesakan yang berlaku setiap hari di atas jambatan Pulau Pinang? Tidak sabarkah Guan Eng untuk menunggu sehingga Jambatan Kedua Pulau Pinang digunakan sebulan dua, kemudian buat kajian aliran trafik kedua-dua jambatan tersebut.

Yang benarnya, konsotium telah dilantik. Harganya bukan murah. Harga satu terowong melebihi harga kedua-dua jambatan Pulau Pinang. Bantahan banyak pihak tidak dilayan. Persatuan Pengguna Pulau Pinang dan pelbagai NGOs telah membantah dan mengadakan demontrasi. Guan Eng tetap bertegas akan meneruskan projek berkenaan .. ". Sumber : Sini

Dulu bantah buat jambatan, sekarang nak buat terowong pula !

Monday, November 25, 2013

MEREKA TERUS MENGASAK.


Mereka makin mengasak
Kita makin terasak
Mereka terus menggasak
Kita masih teragak
Bila kita nak gerak
Bila sudah terdesak ?




Monday, September 30, 2013

MASING-MASING KATA DIA TELAH DEWASA.


masing-masing kata dia telah dewasa,
masing-masing kata dia sudah boleh berfikir sendiri,
masing-masing kata dia sudah boleh berusaha sendiri,
masing-masing kata mahu jadi seperti rakyat di negara maju,
tapi bila subsidi ditarik sedikit, habis riuh rendah ibarat dunia nak kiamat,
... rakyat negara maju malu terima subsidi.

masing-masing kata dia benci rasuah,
masing-masing kata dia benci kronisme,
masing-masing kata dia benci pilih kasih,

tapi bila kena saman cuba nak 'slow talk' sama pak polisi,
bila minta projek kalau boleh tak mahu masuk tender tapi mahu rundingan terus,
bila anak minta kerja melilau cari 'orang dalam'.

... rakyat negara maju buat macam itu kah ?

~

Friday, July 19, 2013

LAPORAN POLIS TERHADAP AG.


NGOs lodge report against Attorney-General - The Star, 19/7/2013.

Lima Badan Bukan Kerajaan (NGO) telah membuat laporan polis terhadap Peguam Negara (AG) atas dakwaan menyalahgunakan kuasa. Mereka tidak berpuas hati kerana AG telah mendakwa Alvin Tan dan Vivian atas posting berbuka puasa di dalam fesbuk mereka. Dalam masa yang sama menurut mereka, AG tidak mengambil tindakan terhadap Datuk Ibrahim Ali, Datuk Zulkifli Nordin dan Ridhuan Tee Abdullah atas kenyataan dan artikel mereka yang tidak sensitif terhadap komuniti Hindu dan Kristian.

Macam nilah. Kalaulah Alvin Tan dan Vivian ditahan polis kerana melanggar lampu merah, bolehkah mereka melepaskan diri dengan berkata orang lain pun ramai yang berbuat begitu tetapi tidak ditangkap. Orang putih kata 'two wrongs do not make a right'. Right ? 

Tuesday, May 21, 2013

TEMPOH SEMINGGU SUDAH SAMPAI.



PANAS: Amno ada SEMINGGU ja lagi untuk bersuka ria.


Tajuk entri pada blog ini memang panas. Tak tahulah sekarang siapa yang panas.

Tarikh penulis menulis entri itu adalah pada 13 Mei. Hari ini sudah 21 Mei. Maknanya sudah lebih seminggu. Jantung saya rasa tersumbat bila memikirkan kemungkinan-kemungkinan yang akan terjadi selepas tamat tempoh seminggu itu. Sekarang ini masih berdebar-debar lagi, manalah tahu kalau ada sedikit kelewatan.
 

Ramalan-ramalan macam ni dah selalu sangat kita dengar.Lebih kuranglah macam dulu masa Anwar kata 16 September dia akan berarak ke Putrajaya. Nampaknya mereka masih lagi berharap dan kini harapan itu sudah macam  mimpi siang.

Saya tidak pastinya entri ini dibuat berdasarkan angan-angan atau sengaja nak buat sensasi atau pun berdasarkan maklumat sulit yang diterima dari JPM. Apa-apa pun marilah kita sama-sama berdoa agar Anwar tidak merancang lagi untuk berarak ke Putrajaya pada 16 September tahun 2013 ini sebab khabarnya MDN kali boleh tahan tegasnya.


Ingat lagi tak  ? Masih tak serik-serik lagi kena kencing ?



Sunday, May 19, 2013

BUKAN KARPAL SAHAJA YANG BOLEH BERI CADANGAN.




 Karpal: Abolish the Senate - The Star, 19 Mei 2013.

Hari ini akhbar The Star melaporkan di muka surat 10 mengenai gesaan Karpal Singh agar Dewan Negara dihapuskan kerana menurutnya ia tidak memberi sebarang faedah. Katanya lagi kewujudannya hanya sebagai helah kerajaan untuk memasukan orang-orang yang telah ditolak oleh rakyat  ke dalam Parlimen melalui 'pintu belakang'.

Dia selanjutnya menggesa kerajaan supaya mengikut langkah Singapura yang mempunyai satu peringkat badan legislatif sahaja kerana katanya ia sangat sesuai untuk kepentingan rakyat.

Saya tiada masalah langsung dengan cadangan beliau itu kerana sesiapa sahaja boleh memberi cadangan. Kalau ia diterima oleh majoriti, maka teruskanlah. Ini negara demokrasi.

Jika Karpal boleh memberi cadangan, saya juga ingin memberikan cadangan. Kalau dia memilih Singapura untuk dicontohi, izinkan saya memilih Indonesia untuk diikuti.

Di Indonesia semua sekolah adalah satu aliran sahaja. Tidak dibenarkan sekolah selain dari sekolah kerajaan ditubuhkan. Tidak ada sekolah Cina, Sekolah Tamil dan sebagainya. Hanya Bahasa Indonesia sahaja dibenarkan untuk digunakan sebagai medium pengajaran kecuali subjek bahasa asing. Di Indonesia juga tidak dibenarkan rakyatnya menggunakan nama selain dari nama Indonesia walaupun mereka yang dari keturunan Cina atau India misalnya. Dan di Indonesia juga cuma Bahasa Indonesia sahaja yang diiktiraf sebagai  Bahasa rasmi.

Jadi, adakah salah kalau saya menggesa kerajaan Malaysia supaya mengikut jejak langkah Indonesia itu demi untuk keharmonian dan perpaduan nasional ?



Thursday, May 16, 2013

SOALNYA SAMPAI BILA ANDA MAHU BERDEMONSTRASI ?


Sumber: Sini.

Anwar Ibrahim dan pengikut-pengikut buta dia sekarang sedang sangat bergembira kerana demontrasi mereka mendapat sambutan di setiap tempat ia dianjurkan. So what ?
Kalaulah melalui demontrasi, kerajaan tidak juga (dan tidak mungkin, Insyaallah) dapat ditumbangkan dan rakyat terbanyak semakin benci melihat gelagat mereka, apa lagi yang mahu mereka lakukan. Teruskan demonstarasi ? Sampai bila ? Lima tahun ? Alangkah ruginya masa anda semua dalam perjuangan yang sia-sia. 
Saya sangat setuju dengan Karpal Singh  yang tidak setuju Kerajaan digulingkan melalui kekerasan. Negara kita ada undang-undang. Kalau sudah tidak mahu lagi hormat pada undang-undang, mahu jadi apa anda semua ? Bukankah Anwar juga selalu berkata "no body above the law"

Di samping itu kita juga ada Parlimen dan DUN. Dalam Parlimen, ramai sekali YB dari PR. Begitu juga di setiap negeri ada YB dari PR di dalam DUN. Apa lagi di Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor yang dikuasai mereka. Berbahaslah dengan rasional, berdasarkan fakta dan kebijaksanaan agar ia boleh diadili oleh rakyat. Bukankah itu lebih berkesan, mudah, bertamaddun dan teratur daripada melalak macam orang kena rasuk di padang-padang, dicelah-celah bangunan dan di jalanan ?



Wednesday, May 15, 2013

DIA ORANG KATA BN RASUAH.

Siapa yang mulakan budaya rasuah ?
Siapa yang suka beri rasuah ?
Siapa yang kerap merasuah Polis, JPJ, Imigresen dan Kastam ?
Siapa yang berani merasuah raja-raja ?

Budaya rasuah sudah sebati dengan mereka.
Bukan sahaja di Malaysia, tapi di mana-mana.
Misalnya di Indonesia dan Filipina.
Itu sebab mereka boleh hidup dan kaya raya di sana ?

Sekarang mereka kata kerajaan BN rasuah.
Sayangnya mereka yang buta sosiologi terus percaya tanpa usul periksa. 


KERAJAAN PAKATAN RAKYAT SELANGOR LEBIH HINA DARI KERBAU !

 
 Mahkamah Rayuan tolak saman 2,020 ibu tunggal di Selangor.


Saya lebih marah kalau orang kata saya tidak bermoral dari dikatakan tidak tahu undang-undang kerana bukan semua orang tahu undang-undang.

Kepada saya kegagalan ibu tunggal menagih janji dari kerajaan Pakatan Rakyat Selangor adalah lebih kepada isu moral.

Memang dari segi undang-undang mungkin betul manifesto bukan janji yang bersifat 'contractual' tapi kepada orang awam ia adalah janji. 

Cuma orang yang tidak bermoral sahaja yang berani bermain kata-kata dan berselindung di sebalik undang-undang untuk melepaskan diri.

Kata orang tua-tua, kalau kerbau dipegang pada tali, manusia dipegang pada janji. Jadinya kalau manusia tidak pegang pada janji, maknanya dia lebih hina dari kerbau.

p/s:  bila Mahkamah menyebelahi mereka, semuanya senyap sunyi !

Tuesday, May 14, 2013

BETUL KE OTAK ORANG MELAYU PALING MAHAL ?

OTAK ORANG MELAYU PALING MAHAL.

Perhatian: Harap tidak ada salah faham. Entri ini bukan menentang mana-mana individu atau mana-mana parti politk. Yang saya cuba nak tentang ialah mereka yang berfikiran yang sempit, selorong, tertutup, tidak rasional dan gagal menggunakan logik atau komensen (common sense).

........................................................................................

Saya teringat satu jenaka tentang otak yang diceritakan oleh seseorang pada suatu masa yang agak lama dulu. Katanya kalau ada kedai jual otak terpakai, otak siapakah agaknya yang paling mahal ?

Dia kata otak orang Melayu. Sebab apa ? Sebab jarang guna, jawabnya. Lawak itu bukan lawak kosong tapi ia penuh sindiran dan penuh makna. Maknanya kebanyakan orang kita  malas nak berfikir dan menganalisis. Apa yang nampak di depan mata atau didengar di telinga, itulah yang mereka percaya dan terus buat kesimpulan dan yang lebih teruk lagi sampai menyampai. Bila sampai menyampai, benda sejengkal jadi sedepa.

Berikut saya berikan dua contoh dakwaan yang tidak dapat terima oleh akal saya. Saya tidak tahu faktanya dan saya yakin yang mendakwa juga tidak tahu fakta yang tepat. Saya cuma nak bincang dari segi logik secara komensen (common sense). 

Contoh 1: Najib belanja RM58 billion untuk kempen PRU 13.


Mana Ustaz ini dapat angka ini saya pun tak tahulah.
 
Masuk akalkah Najib gunakan RM58 billion untuk kempen PRU 13 ? Bagi saya  dakwaan ini langsung tak masuk akal. Semasa saya bekerja dahulu, saya pernah dipertanggungjawabkan untuk membelanjakan peruntukan sebanyak RM10 billion yang diberi kepada Kementerian tempat saya bertugas. Peruntukan tersebut adalah siling yang perlu dibelanjakan dalam tempoh 5 tahun bagi melaksanakan pelbagai projek pembangunan di bawah Kementerian di seluruh Malaysia. 

Memang perit untuk menghabiskannya walaupun dengan bantuan JKR dan juga beratus-ratus konsultan. Itu baru RM10 billion, apalagi kalau sebanyak RM58 bilion dan dibelanjakan pula dalam tempoh bekempen yang singkat.   Sayangnya ada orang kita terus percaya dan sampai menyampaikan cerita ini. Bila kita tanya dari mana dan macamana engkau dapat angka sebanyak itu, dia akan jawab "entahlah .. aku dengar orang cakap je".

Mereka tidak pulak bertanya, kalau BN dikatakan membelanjakan sebanyak RM58 billion untuk kempen pilihanraya, berapa banyak pula yang dibelanjakan oleh Pakatan Rakyat ?  RM10 billion atau RM5 billion? Dan dari manakah sumber wang sebanyak itu ?

Terlalu banyak blog politik yang membuat rumusan tentang satu perkara berdasarkan prasangka bukan berdasarkan fakta atau fikiran yang rasional dan kritis. Saya percaya ada  sebahagian blogger yang hanya bertujuan meningkatkan kunjungan ke blognya dengan menerbitkan berita sensasi agar menghasilkan pendapatan yang lumayan dari iklan yang diperagakan. 

Contoh 2: 60 ribu warga Sabah masuk mengundi di Selangor dan Johor.



60 ribu warga Sabah masuk mengundi di Selangor dan Johor, dakwa penulis blog ini.
Ini satu lagi dakwaan yang tak masuk akal. Orang balik Haji pun sudah sesak airport. Ketibaan mereka berjarak kira-kira sebulan.  Cubalah bayangkan kalau 60 ribu orang masuk ke Malaysia dalam tempoh kira-kira  seminggu. Setelah saya congak-congak,  ia memerlukan sekurang-kurangnya 300 penerbangan sewa khas,  untuk membawa mereka datang dan menghantar mereka pulang. 
Kemudian mereka perlu diangkut dengan bas untuk dihantar ke destiniasi. Ia memerlukan sekurang-kurangnya 1,500  buah bas untuk tujuan tersebut. Kalau benar, tentulah jalan raya di Selangor dan Johor akan dipenuhi dengan bas-bas yang digunakan untuk mengangkut 60 ribu orang itu. Mereka juga perlu diberi tempat penginapan. Saya fikir tentulah tidak cukup semua bilik hotel yang ada di Selangor dan Johor untuk menampung mereka. 

Lagi sekali akal saya tidak dapat menerima dakwaan ini. Kalau gunakan komensen (common sense) pun sudah jelas dakwaan ini adalah temberang. Sayangnya ada juga orang yang percaya. Akibat terlalu percaya, ramailah misalnya pekerja Bangla dan Nepal yang nak balik ke asrama mereka selepas tamat bekerja di kilang kena belasah.

Tuan besar mereka yang menggembar-gemburkan pembohongan ini, tidur nyenyak dirumah atau hotelnya sedangkan pengikut mereka silap-silap kena tidur dalam lokap atau penjara.

Saya terlalu ingin percaya tuduhan dari Pakatan Rakyat adalah benar tapi saya perlukan bukti.  (Entri ini ada mengajarkan cara-cara mengumpul bukti). Kalau tak ada bukti yang lengkap, sekurang-kurangnya tuduhan itu biarlah masuk akal dan boleh diterima oleh komensen. Bukan semua orang boleh diperbodohkan pada setiap masa. You can fool some people sometimes. But you can't fool all the people all the time. Kalau anda mahu percaya, terserah tetapi saya belum lagi.

Seterusnya lihatlah gambar-gambar pemimpin-pemimpin kita untuk renungan mereka yang tak ada kerja lain, melainkan nak membelasah puak lawan.

 







Sumber: Sini.



Monday, May 13, 2013

SAYA KAGUM DENGAN ANWAR IBRAHIM.



Anwar Ibrahim memang hebat !

Anwar Ibrahim ada karisma yang hebat. Sampaikan bila dia kata benda yang hitam itu adalah putih, pengikut totoknya percaya bahawa benda yang hitam itu adalah putih. Nampaknya sahaja benda itu hitam tapi hakikatnya putih. Hebat. Misalnya kalau dia bercakap ada keluar bau durian, dan kalau kita tanya samada dia makan durian. Dia akan jawab.

"Mana ada .. hidung awak je yang bau macam tu"

Kalau dia kata BN menipu semasa pilihanraya, semua pengikut totoknya terus percaya tanpa sebarang soalan. Tak perlu fikir, sebab apa yang Anwar kata wajib betul dan mustahil salah. Sampai begitu sekali pendewaan pengikutnya terhdap beliau dia. Dan ini sangat bahaya.

Tidak ramai orang yang macam dia dalam dunia ini. Memang saya kagum dengan beliau dalam aspek ini. Yang hairannya kebanyakan pengikut totoknya tidak pun mengenal dia dari dekat. Mereka yang rapat dan bersama dengan dia semasa ABIM dan yang sama-sama menubuhkan PKR dulu, rata-rata telah meninggalkan beliau. Faktor ini sahaja sepatutnya sudah boleh membuka mata pengikutnya dan seterusnya meninggalkan dia. Akan tetapi itu tidak berlaku. Itu yang saya sangat kagum dengan Anwar.
  
Saya tidak tahu apakah ilmu yang dia pakai atau apakah benda yang dia sudah beri makan kepada pengikutnya hinggakan mereka sudah macam kerana rasuk.  Mengikut sahaja apa arahannya tanpa sedar.

Memang dia seorang tukang cakap (orator) yang cukup handal. Itu adalah satu anugerah. Sayangnya anugerah itu telah disesiakannya.Yang saya ingat orang yang punya kebolehan yang serupa dengan dia adalah Sukarno. Dia bisa bercakap berjam-jam lamanya. Pada masa itu pendengarnya lupa sekejap akan kemiskinan dan perut mereka yang lapar. 

Akan tetapi lihatlah apa yang telah ditinggalkan oleh Sukarno kepada rakyatnya berbanding Dr Mahathir misalnya. Dan sejarah juga akan akan melihat apakah yang telah ditanggalkan oleh manusia bernama Anwar Ibrahim untuk diwarisi oleh generasai akan datang. 



Sunday, May 12, 2013

LINTANG PUKANG, KELAM KABUT DAN HURU HARA DALAM PAKATAN RAKYAT.



  Impian tidak kesampaian.

Pemilihan CEC parti DAP lintang pukang. Tapi ada hati nak kritik kerja SPR.

Pemilihan MB Kelantan kelam kabut. Cakap bukan main lagi, ikhlas berjuang kerana Allah.

Pemilihan MB Selangor huru hara. Sekarang sudah tidak tahu siapa yang berkuasa dan cakap siapa nak dengar.

Yang masih utuh adalah cita-cita Anwar Ibrahim nak jadi PM.

Itu semua salah UMNO kah ? Ibarat ayam .. "kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi"

Macamana nak perintah negara macam ni. Nasib baik tidak dapat tawan Putrajaya hari itu. Kalau tidak, tak tahulah nak bayangkan macamana.