Selangor dan Pulau Pinang memang negeri yang sudah sedia maju berbanding dengan negeri-negeri lain semasa mereka mengambil alih pentadbiran negeri Selangor dan Pulau Pinang dahulu. Semua orang tahu siapakah yang bertanggung jawab memajukan negeri-negeri tersebut sebelum mereka memerintah.
Oleh itu tidak hairanlah kalau mereka boleh bayar bonus dua setengah bulan atau tiga bulan gaji kepada penjawat awam negeri mereka. Ini adalah kerana hasil cukai, permit, lesen dan sebagainya yang dikutip tentulah banyak sebab negeri dah sedia maju. Banyak projek perindustrian, kilang, perusahaan, kedai, taman perumahan dan sebagainya terdapat di negeri-negeri tersebut berbanding dengan dengan negeri-negeri lain. Ibarat orang beli kebun durian yang sudah berbuah, bolehlah kenduri atau sedekah buah durian kat orang. Cuba-cubalah ingat siapa yang tanam, membaja, menjaga dan membesarkan pokok-pokok durian itu dahulu.
Agak-agak kalau PKR atau DAP berjaya menawan Kelantan dulu bolehkah dia orang bayar bonus sebanyak itu ?
Lagi satu harus diingat, mereka bagi gaji dan bonus kepada kakitangan mereka semasa mereka bekerja sahaja sedangkan Kerajaan Pusat memberi pencen dan lain-lain kemudahan kepada pesara dan keluarga mereka sepanjang hayat mereka.
No comments:
Post a Comment