Saturday, May 4, 2013

ANWAR IBRAHIM ADA BERANI ?



Sumber: Sini dan Sini.

Kata orang perkara yang paling senang dalam dunia ini adalah menyalahkan orang lain. Dan perkara yang paling seronok pula ialah mencari kesalahan orang lain.

Berikutan dakwaan Anwar Ibrahim yang mempercayai ada gerakan terancang dari Jabatan Perdana Menteri untuk membawa masuk besar-besaran pengundi diragui itu, terdapat pelbagai pihak yang menggemakan tuduhan itu di dalam blog dan facebook pro Pakatan Rakyat. Ada yang mendakwa seramai hinga kira-kira 40 ribu orang "pengundi hantu" akan diterbangkan dari Sabah ke Semenanjung untuk mengundi parti BN. 

Congakan kasar saya operasi ini memerlukan sekurang-kurangnya 200 kali penerbangan untuk membawa masuk dan keluar bilangan sebanyak itu dalam masa lebih kurang seminggu. Bilangan sebanyak itu bukan sedikit. Dan kapalterbang pun bukannya kecik macam basikal. Jadi apa susahnya mengumpulkan bukti melalui rakaman video. Panggil CNN, BBC dan lain-lain rakan Pakatan Rakyat  membantu mengumpul bukti untuk menyokong dakwaan ini.

Ambil video setiap penerbangan masuk dan keluar. Ambil video 'pengundi-pengundi diragui' itu keluar dari kapalterbang, memasuki bas yang telah disediakan dan ekori mereka sampai ke tempat-tempat mereka di tempatkan di seluruh Malaysia. Semasa hari mengundi ambil video mereka tiba dengan bas di tempat-tempat mengundi dan seterusnya rakamkan dengan video perjalanan mereka kembali semula ke tempat penginapan mereka. Jangan lupa rakamkan perjalanan mereka ke lapangan terbang untuk kembali semula ke tempat asal mereka.  Dan untuk mencukupkan bukti, rakamkan juga semasa ketibaan mereka di lapangan terbang dan seterusnya ekori dan rakamkan pergerakan mereka sampai ke kongsi-kongsi tempat tinggal mereka. Saya percaya Pakatan Rakyat mempunyai cukup sumber kewangan dan manusia untuk melaksanakan misi suci ini.

Selepas itu siarkan cerita ini ke seluruh dunia melalui rangkaian CNN, BBC dan lain-lain saluran selain memuat naik ke dalam Youtube dan lain-lain. Kalau ini dapat dibuat, barulah dakwaan Anwar itu ada kredibiliti dan orang boleh percaya. Kemudian tunggu sahajalah kutukan dari seluruh dunia dan seterusnya nantikan sahajalah kejatuhan dengan penuh kehinaan kerajaan BN dengan sendirinya.

Ada berani ?

BERITA TERBARU ..

Sekarang sudah meningkat kepada 60 ribu. Mungkin tak lama lagi 1 juta pulak !




Sumber: Sini.



No comments:

Post a Comment