Friday, November 29, 2013

KALAU DIA YANG BUAT, TAK APA !

Kalau BN yang buat semua tak betul, tapi bila dia buat, sanggup bertegang urat mempertahannya tindakan mereka.

1. Kerjasama pelbagai kaum dan agama dalam politik.

Pengertian Tahaluf Siyasi

Tahaluf Siyasi membawa makna kerjasama harakah Islam dengan mana-mana pergerakan lain yang tidak bermatlamatkan Islam di dalam perjuangannya. Kerjasama ini boleh terjadi di dalam apa jua bidang yang dipersetujui bersama untuk sama-sama menghadapi musuh yang sama. Tahaluf Siyasi juga kemungkinan boleh berlaku dengan gerakan yang pernah atau berpotensi untuk menentang ideologi harakah Islam. Dalam suasana hari ini, tahaluf siyasi yang dimaksudkan juga termasuk kerjasama dengan golongan bukan Islam untuk menghadapi musuh yang sama
- N45. Dr Halimah Ali


Bukankah BN (dan sebelumnya Parti Perikatan) dah buat sejak dulu lagi ?

2. Elaun Wakil Rakyat.

Di bawah adalah artikel Harakah Daily :
KUALA LUMPUR, 11 Okt 2011: PAS menolak elaun khas Ahli Parlimen kerana mahu peruntukan berjumlah RM30 juta itu disalurkan kepada rakyat yang lebih memerlukan. 
Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub berkata beliau melihat elaun untuk ahli parlimen itu bukan satu keperluan mendesak pada masa ini berbanding beban ekonomi yang ditanggung rakyat. 
"Banyak lagi keperluan rakyat yang perlu diberi keutamaan. 
"Saya merasakan dengan penarikan itu menyebabkan kerajaan boleh menggunakan peruntukan itu untuk diagihkan kepada sektor masyarakat yang memerlukan," katanya ketika ditemui di Parlimen semalam. 
Mengulas lanjut penolakan itu juga, Salahudin yang juga ahli parlimen Kubang Kerian berkata, keperluan ahli parlimen pada waktu ini adalah bantuan dari sudut pejabat dan pegawai penyelidik, bukannya elaun seperti diumumkan. 
"Kita tak menolak bantuan, tapi yang kita perlukan seperti kemudahan pegawai penyelidik dan pejabat ahli parlimen," katanya lagi. 
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga berpenidian sama bahawa kepentingan rakyat lebih perlu untuk diutamakan. 
"Banyak rakyat umumnya hadapi tekanan ekonomi, amat tak wajar dalam masa yang sama kita menaikkan mendadak elaun ahli parlimen. 
"Walaupun kita katakan kita layak, ratusan rakyat lain juga layak, kenapa diberi pertimbangan khusus kepada ahli parlimen," katanya. 
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata keputusan penarikan balik kenaikan elaun anggota parlimen ekoran bantahan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat.
Sekarang kerajaan Selangor telah membuat keputusan menaikan elaun MB, wakil rakyat dan Speakernya, apa pulak kata PAS ?

3. DAP dan terowongnya.

"Suatu masa dahulu, sebelum Jambatan Pulau Pinang yang pertama dibina, puak-puak pembangkang terutama DAP menentang keras pembinaan jambatan berkenaan. Tun Mahathir, PM semasa itu menghadapi bantahan dan cabaran dengan tenang. Akhirnya Jambatan Pulau Pinang dapat dibina dengan kos asalnya RM800 juta. Peliknya, tiada sebuah pun jambatan yang menghubungi bahagian pulau dengan tanah besar pada masa itu. Feri merupakan pengangkutan utama pada masa itu. Kenderaan beratur panjang, berjam-jam menunggu jika musim perayaan dan musim cuti sekolah. Walaupun begitu, pembangkang tetap membantah pembinaan jambatan dengan alasan pembaziran wang rakyat. Inilah yang dikatakan pelik tapi benar. Yang benar kerana pembangkang pada masa itu diterajui oleh DAP yang membantah pembinaan jambatan itu. Jambatan pertama itu pun tak cukup besar, ditambahkan lagi 4 lorong. Masih tak cukup satu jambatan ditambahkan lagi jambatan kedua yang masih dalam pembinaan.
Yang peliknya, kenapa Guan Eng selaku KM Pulau Pinang begitu nampak tergesa-gesa nak bina terowong dasar laut? Peliknya jambatan kedua belum siap digunakan, terowong pula nak dibina. Apakah terowong itu merupakan suatu yang amat perlu untuk mengatasi kesesakan yang berlaku setiap hari di atas jambatan Pulau Pinang? Tidak sabarkah Guan Eng untuk menunggu sehingga Jambatan Kedua Pulau Pinang digunakan sebulan dua, kemudian buat kajian aliran trafik kedua-dua jambatan tersebut.

Yang benarnya, konsotium telah dilantik. Harganya bukan murah. Harga satu terowong melebihi harga kedua-dua jambatan Pulau Pinang. Bantahan banyak pihak tidak dilayan. Persatuan Pengguna Pulau Pinang dan pelbagai NGOs telah membantah dan mengadakan demontrasi. Guan Eng tetap bertegas akan meneruskan projek berkenaan .. ". Sumber : Sini

Dulu bantah buat jambatan, sekarang nak buat terowong pula !

Monday, November 25, 2013

MEREKA TERUS MENGASAK.


Mereka makin mengasak
Kita makin terasak
Mereka terus menggasak
Kita masih teragak
Bila kita nak gerak
Bila sudah terdesak ?