Sunday, March 3, 2013

KALAU TAK YAKIN UNTUK MENANG.

 

Kalau dah rasa tak yakin akan menang dalam perlawanan bola sepak misalnya, apa kita buat ? Secara perang saikologi kita mulakan dengan dakwaan bahawa pengadil adalah berat sebelah dan tidak berguna. Bila kita benar-benar kalah, kita boleh berlindung dengan dakwaan tersebut dan hilanglah rasa malu. Mungkin penyokong-penyokong akan berkata:

"pasukan kita kuat, tapi pengadil tidak guna".

Dan kalau kita menang 1-0, kita akan diam atau mungkin berkata:

 "kalau pengadil tu tidak berat sebelah mungkin pasukan kita boleh menang 5-0"

Begitulah dengan Pakatan Rakyat. Mereka tidak yakin boleh menang dalam PRU ke 13 nanti. Semasa BN lemah pada PRU tahun 2008 dulu pun mereka tidak boleh menang dan jadi pemerintah di peringkat nasional, inikan pula semasa BN sedang kuat di masa ini.

Jadi apa mereka buat ? Buat ceramah dan himpunkan seberapa ramai orang. Beri gambaran kepada penyokong bahawa PR kuat dan semaki hari semakin kuat dan mendapat sokongan di semua cerok rantau. 

Kadang-kadang orang yang hadir ceramah itu pun, orang yang sama di merata tempat atau pun penyokong-penyokong  BN yang hendak mendengar "lawak jenaka" atau hiburan percuma.

Pada masa yang sama buat tuduhan dan dakwaan bahawa SPR tidak adil dan tidak berguna. Nanti bila kalah,  senanglah mereka berkata:

 "macamana kita boleh kalah, sedangkan setiap ceramah kita, berpuluh-puluh ribu orang hadir .. ini semua angkara SPR yang menjadi anjing BN"

Saya banyak kali pergi ceramah dalam PRU sebelum ini. Saya dapati ceramah anjuran BN, sunyi sepi tapi ceramah anjuran PR riuh rendah. Tapi bila pilihanraya, BN juga yang menang.

Ya lah dia kalah sebab SPR tidak adil !

No comments:

Post a Comment