Saturday, 16 August 2014

KALAU AHLI PAS INGKAR ARAHAN PARTI OK PULAK !




Katanya Khalid Ibrahim dipecat dari PKR kerana mengingkari arahan parti PKR supaya meletak jawatan sebagai MB. Betul juga kerana dia dicalonkan bertanding ADUN dan seterusnya diperakukan menjadi MB oleh parti PKR. Adalah tidak bermoral, tidak malu dan tidak berprinsip kalau dia ingkar apalagi melawan arahan parti. Pendeknya kalau dia tidak mahu mengikut arahan parti, sewajarnya dia meletak jawatan. Oleh kerana dia enggan, maka tindakan memecat beliau adalah dirasakan patut.

Ia umpama seorang murid yang dilantik menjadi Ketua Sekolah, tiba-tiba dia tidak mahu mengikut dasar dan ketetapan sekolah dalam menjalan tugasnya sebagai Ketua Sekolah. Mana boleh ? Tentulah dia akan dipecat dari menjadi Ketua Sekolah. Dan dia tidaklah boleh mempertikaikan pemecatan dirinya. Prinsip ini sebenarnya tidak sulit untuk difahami.

Kalau begitu halnya maka tidak sepatutnya PKR atau Pakatan Rakyat menerima dua orang ADUN PAS (seperti gambar di atas) yang menyatkan sokongan kepada Wan Azizah sebagai MB. Bukankah parti PAS sudah membuat keputusan tidak menyokong Wan Azizah sebagai MB. Maka tidak sepatutnya sebagai parti yang dikatakan mempunyai prinsip yang teguh menerima orang telah melanggar atau mengingkari arahan parti yang diwakilinya.

Bukan begitu ?



No comments:

Post a Comment