Sumber: Sini.
Syabas Anwar Ibrahim. Anda telah berjaya memecah belahkan orang Melayu. Anda tak ubah bagai seorang penjual ubat yang sangat pandai berkata-kata yang telah berjaya menarik perhatian dan kepercayaan pelanggan. Dan perasaan pelanggan anda memang mudah dibuai dengan khayalan kerana mungkin akibat telalu banyak dan gemar menonton filem Hindustan.
Mungkin benar kalaulah ditakdirkan PR menang nanti, PM tetap orang Melayu dan MB pun tetap orang Melayu.
Tetapi janganlah lupa, di zaman penjajahan British dahulu pun yang menjadi raja juga adalah orang Melayu tetapi raja yang terpaksa akur dengan arahan dari Residen British. Raja hanyalah pada nama tetapi menjadi boneka atau jurucakap British.
Saya tidak rela sejarah itu berulang tapi kali ini yang memegang 'tali' yang mengawal boneka itu adalah orang lain. Saya lebih rela diperintah oleh mereka yang didakwa kurang warak asalkan kuasa dan ketuanan masih di tangan kita.
Apalah gunanya menang sorak kalau kampung tergadai ?
No comments:
Post a Comment