Imbuhan Guru RM500 sebulan. Nampak tak ?
Seorang yang berfikiran rasional dan kritis tentunya akan bertanya kepada Pakatan Rakyat kenapa imbuhan sebanyak RM500 sebulan hanya dijanjikan kepada guru-guru sahaja. Apakah guru-guru sekarang tidak terbela ? Apakah gaji guru-guru sekarang lebih rendah dari gaji pegawai dari sekim perkhidmatan setara yang lain ? Apakah selama ini nasib dan masa depan guru tidak dijaga oleh kerajaan BN ?
Kenapa tidak dijanjikan imbuhan kepada pelayan pejabat, jurutaip, pemandu, atendan hospital misalnya ? Kenapa ?
Saya rasa kepada yang terbuka fikiran dan berakal sudah tahu jawapannya. Tentulah kerana bilangan guru adalah yang teramai sekali dalam perkhidmatan awam. Bilangan mereka adalah hampir 500 ribu orang. Jadinya tentulah bilangan undi dari mereka adalah berjuta jika diambil kira juga potensi undi dari pasangan dan ahli keluarga mereka. Jadi kalau dapat dipancing hati guru-guru, tentulah kesannya amat besar. Itu sahaja motifnya.
Jadi adakah janji mereka ikhlas. Rasanya tidak. Mereka hanyalah puak opportunis yang hanya pandai berjanji semata-mata kerana undi. Kalau mereka benar-benar ikhlas tentulah janji imbuhan itu disasarkan kepada golongan penjawat awam yang lebih daif dari guru. Tetapi kenapa mereka tidak berbuat begitu? Jawapannya kerana bilangan undi yang akan datang dari penjawat awam selain guru adalah kecil.
Namun mereka bernasib baik kerana penjawat-penjawat awam dari perkhidmatan selain dari guru adalah berfikiran waras. Mereka sedar itu adalah taktik politik ibarat menanam tebu di bibir. Mereka tidak membentuk gerakan untuk menentang Pakatan Rakyat. Percayalah, kalau mereka tidak dapat memberikan imbuhan itu nanti, jika ditakdirkan mereka menang, pelbagai alasan akan diberi. Tapi itu belakang kira, yang penting mereka mahu menang dalam pilihanraya kali ini. Tidakkah mereka sedar akan dosa dan balasan kepada orang atau golongan yang munafik ?
Semoga guru-guru tidak termakan dengan gula-gula dari Pakatan Rakyat ini yang jelas hanya mencari kesempatan atau menangguk di air yang keruh !
No comments:
Post a Comment