Monday, April 22, 2013
KENAPA ISU INI TIDAK BERAPA DITEKANKAN OLEH ANWAR IBRAHIM ?
Kalau diperhatikan Anwar Ibrahim serta sekutu-sekutunya jarang sekali memainkan isu berkaitan nepotism, pengisytiharan harta dan umur calon.
1. Nepotism. Kenapa dia tak ungkit kes Shahidan Kassim dan adiknya bertanding di Perlis misalnya. Atau Najib dan sepupunya Hishamuddin yang bertanding di Pahang dan Johor. Sebabnya ia akan terpalit kepada Anwar sendiri dengan anaknya, Nik Aziz dengan anaknya, Karpal Singh dengan anak-anaknya dan juga Lim Kit Siang dengan anak dan menantunya.
3. Pengisytiharan harta. Kenapa mereka tidak mendesak sangat pemimpin BN membuat pengisytiharan harta kepada umum. Sebabnya mereka bimbang kalau BN suruh mereka buat dulu, tentu mereka takut kerana pasti ramai di kalangan mereka yang kantoi.
2. Umur calon. Kenapa mereka tak sentuh sangat umur calon BN yang sudah tua seperti Yap Pian Hon atau Muhyidin Yassin. Sebabnya Tuan Guru Nik Aziz lagi tua dari mereka semua. Bahkan ada juga calon yang OKU di kalangan mereka. Tak tahulah apa kutukan mereka kalau calon OKU itu bertanding atas tiket BN
Sebagai kesimpulan mereka bukanlah bersih sangat atau berprinsip sangat. Mereka cuma pandai mencari isu yang selamat dan memainkannya untuk mendapat pengaruh orang kampung dan orang-orang yang kecewa dalam usaha menjatuhkan BN.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment