Sumber: sini.
Semua orang tahu akan kejadian letupan semasa berlangsungnya marathon di Boston, USA dua tiga hari yang lalu. Dilaporkan setakat ini telah mengorbankan 3 nyawa dan lebih 140 orang mengalami kecederaan.
Apa yang kita boleh belajar dari insiden ini ? Kita dapat perhatikan mereka menghadapinya sebagai orang dewasa dan berakal. Tidak terdengar mereka mengutuk polis yang gagal mengesan sabotaj itu dari awal sedangkan mereka adalah negara kuasa besar yang sangat ketat menjaga keselamatan negara mereka selepas peristiwa 9/11. Mereka ada bajet, mereka ada CIA, FBI dan sebagainya. Pendeknya mereka sebagai 'super power' dalam bidang ekonomi dan ketenteraan tidak berhadapan dengan kekangan sumber kewangan, tenaga atau kepakaran seperti kita.
Tidak juga terdengar seruan agar Menteri Dalam Negeri (atau yang setaraf dengannya) supaya meletak jawatan. Tidak ada puak pembangkang yang mengatakan pemerintah bodoh dan sebagainya. Tidak seperti semasa kita menghadapi dan masih lagi menghadapi peristiwa pencerobohan di Lahat Datu seperti yang pernah disentuh dalam entri ini dan ini.
Mujurlah setakat ini, dan minta dijauhkan selama-lamanya, insiden yang serupa tidak terjadi kepada program Le Tour de Langkawi kita. Kalau tidak, saya pasti berbakul-bakul sumpah seranah, membodohkan penganjur, polis dan juga kerajaan kerana gagal membendungnya yang akan dihamburkan oleh pembangkang dan pencacainya.
No comments:
Post a Comment