Thursday, April 25, 2013

KESIAN SAMA DATO' AZNIL NAWAWI.



Saya khuatir dengan kecenderungan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat yang tidak tahu menghormati pilihan dan pendirian orang lain.

Kenapa bila ada orang sokong BN, tidak boleh tetapi bila ada orang sokong Pakatan Rakyat, boleh. Misalnya Dato' Michelle Yeoh dan juga Dato' Aznil Nawawi teruk dihentam oleh penyokong-penyokong PR apabila kedua-dua mereka menyatakan secara terbuka sokongan kepada BN.

Saya pasti kalau kedua-dua mereka menyatakan sokongan terbuka kepada PR, tentulah mereka berdua akan di anggap orang yang paling baik dan betul di dunia yang wajar dijadikan contoh dan ikutan.

Peliknya mereka melaungkan demokrasi, reformasi dan kebebasan berucap dan meluahkan perasaan. Mengapa pula orang lain tidak boleh berbeza pandangan dan pilihan dengan mereka.

Ini jelas menunjukkan sebahagian besar dari mereka belum faham lagi adab berbeza pendapat.

Kalau begitu apakah tujuan membuat laungan itu ? Lebih baik tuntut kerajaan haramkan sahaja semua parti politik yang ada di Malaysia kecuali parti-parti politk yang bersekongkol dalam Pakatan Rakyat.

Itu belum lagi mereka menawan Putrajaya, kita sudah boleh melihat belang mereka. Kalau ditakdirkan mereka memerintah nanti, saya tidak tahu apa akan terjadi kepada orang-orang yang berbeza pendapat dengan mereka. 



2 comments:

  1. Mereka tidak akan mampu menghentam selibriti atau artis negara kerana artis yang menyokong BN terlalu ramai lebih 1000 orang berbanding dengan hanya 25 orang yang bersimpati dengan pakatan.

    ReplyDelete
  2. setuju .. yang bersimpati itu pun yang sudah suam-suam kuku .. hehe.

    ReplyDelete