Wednesday, April 24, 2013
LAIN PULAK KATA KARPAL SINGH !
Orang kita cepat seronok kalau melihat bangsa atau kaum lain buat macam kita.
Misalnya kita seronok jika melihat Lim Guan Eng pergi kenduri makan pakai tangan sambil bersila. Adakah dengan berbuat begitu, dia ingin jadi orang Melayu ?
Kalau begitu halnya, bolehlah kita katakan bahawa Tuan Guru Nik Aziz bersetuju dengan ugama Budha bila beliau pergi membuat lawatan ke Wat Budha di Kelantan !
Sekarang ini orang PAS tengah seronok kerana DAP sudi menggunakan lambangnya dalam PRU 13 ini. Hinggakan Ustaz Hadi Awang dan Ustaz Harun Din terpedaya olehnya dengan berkata bahawa PAS telah berjaya menundukkan DAP supaya bersama menyokong perjuangan Islam. Walaupun kemudiannya kenyataan itu dengan segera disanggah oleh Karpal Singh, namun mereka masih lagi tetap percaya dan seronok tak terkira.
Jangan lupa di Indonesia, orang China menggunakan nama Indonesia dan bercakap dalam Bahasa Indonesia. Adakah itu bermakna mereka semuanya bersetuju dengan akidah ugama Islam ?
p/s: Entri ini sebelum ini adalah berkaitan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment