Wajah Putrajaya sebelum berakhirnya riwayat BN .. meh tengok - kata mereka.
Selamat Tinggal Najib Razak - kata yang ini pulak.
Bye-bye Najib - ucapan dari si dia.
Dari cakap-cakap kedai kopi, ceramah-cermah umum, kain rentang, risalah seterusnya facebook dan blog, amat jelas perasaan di kalangan penyokong Pakatan Rakyat. Mereka yakin dan percaya akan menang. Mereka pasti menang. Dan mustahil mereka kalah. Tak masuk akal BN menang kecuali BN, SPR, Polis dan Askar main kotor. Bahkan mereka sudah sampai ke peringkat memikirkan siapa yang akan menggantikan Ketua-Ketua Eksekutif dalam GLC seperti TNB, Telekom, Pos Malaysia dan sebagainya. Perkataan Insya-Allah itu tidak ada dalam kamus mereka. Mereka sudah kasyaf - boleh melihat apa yang akan berlaku pada masa hadapan.
Jadi kalaulah begitu membara keyakinan dan semangat mereka, tiba-tiba parti Pakatan Rakyat diumumkan kalah, adakah penyokong-penyokong mereka dapat menerimanya begitu sahaja? Kalau boleh mereka berlapang dada, Alhamdulillah. Namun dari situasi dan kecenderungan semasa, perkara sebaliknya mungkin terjadi kerana fikiran mereka telah disumbatkan dengan propaganda sejak sekian lama bahawa BN, SPR, Polis dan Tentera telah bersekongkol memainkan taktik kotor untuk mengalahkan mereka. Atas alasan ini mungkin sukar dan pahit bagi mereka untuk menerimanya. Ada orang yang kecewa sanggup membunuh diri kalau tidak dapat melepaskan kemarahan kepada orang yang mengecewakannya.
Kesimpulannya saya tidak risau sangat kalau PR menang, tetapi saya lebih risau kalau mereka kalah. Semoga Allah menyelamat negara dan rakyat di bumi bertuah ini dari sebarang malapetaka.
Mungkin ada yang akan bertanya, mengapa saya tidak risau kalau BN kalah ? Saya serahkan kepada penyokong-penyokong Pakatan Rakyat membuat analisis sendiri. Cuma saya nak kata bahawa BN pernah kalah di lima negeri dalam PRU yang lepas. Ternyata tiada masalah dalam peralihan kuasa.
No comments:
Post a Comment