Kita semua tahu dan yakin bahawa sesuatu kejadian itu berlaku sudah ditakdir dan ditentukan oleh Allah SWT sejak azali lagi. Kata Imam Ghazali .. "tiada yang lebih baik dari yang telah berlaku". Oleh itu kalau ditakdirkanNya BN menang dalam PRU 13 nanti, kita harus menerima ianya dengan redha sebagai takdir Ilahi.
Sebaliknya kalau sudah tertulis di Loh Mahfuz Pakatan Rakyat akan menang walaupun dengan segala tipu daya BN (seperti yang didakwa oleh blogger Cananglahnie di bawah), pasti PR akan menang. Kerana tiada siapa yang mampu mengatasi tipu daya Allah untuk menjatuhkan yang batil.
Kalau ada yang tidak percaya atau mempertikainya, seolah-olah mereka mempertikaikan kebijaksanaan Allah. Seolah-olahnya Allah itu tidak tahu siapa yang patut dimenangkan.
Kita lihat di negara Pakistan suatu masa dulu, semasa Benazir Bhutto menang dalam pemilihan sebagai Presiden, ramai yang menjangka bahawa tidak mungkin seorang wanita dipilih menjadi presiden di sebuah negara Islam yang konservatif yang rata-rata tidak setuju wanita menjadi Ulil Amri. Sedangkan negara Amerika yang begitu hebat memperjuangkan persamaan gender pun belum pernah ada seorang wanita dipilih menjadi Presiden inikah pula negara mundur yang budayanya didakwa terkenal mendiskriminasi wanita. Tapi bila Allah berkehendak Benazir Bhutto menang, tiada siapa yang mampu melawan kehendak Allah.
Jadi, apa pun keputusan PRU 13 nanti, haruslah kita sebagai orang yang beriman menerimanya dengan redha sebagai iradat dan takdir Ilahi. Dan tidak menyalahkan SPR, tarikh yang tak sesuai, Polis, Askar, RTM dan sebagainya kerana itu semua tidak memberi bekas kalau tidak dengan izin Allah.
p/s: Kalau jadi PM nanti, harap Anwar tak lupa untuk melaksanakan dua perkara kecil ini.
p/s: Kalau jadi PM nanti, harap Anwar tak lupa untuk melaksanakan dua perkara kecil ini.
No comments:
Post a Comment