Sunday, May 19, 2013

BUKAN KARPAL SAHAJA YANG BOLEH BERI CADANGAN.




 Karpal: Abolish the Senate - The Star, 19 Mei 2013.

Hari ini akhbar The Star melaporkan di muka surat 10 mengenai gesaan Karpal Singh agar Dewan Negara dihapuskan kerana menurutnya ia tidak memberi sebarang faedah. Katanya lagi kewujudannya hanya sebagai helah kerajaan untuk memasukan orang-orang yang telah ditolak oleh rakyat  ke dalam Parlimen melalui 'pintu belakang'.

Dia selanjutnya menggesa kerajaan supaya mengikut langkah Singapura yang mempunyai satu peringkat badan legislatif sahaja kerana katanya ia sangat sesuai untuk kepentingan rakyat.

Saya tiada masalah langsung dengan cadangan beliau itu kerana sesiapa sahaja boleh memberi cadangan. Kalau ia diterima oleh majoriti, maka teruskanlah. Ini negara demokrasi.

Jika Karpal boleh memberi cadangan, saya juga ingin memberikan cadangan. Kalau dia memilih Singapura untuk dicontohi, izinkan saya memilih Indonesia untuk diikuti.

Di Indonesia semua sekolah adalah satu aliran sahaja. Tidak dibenarkan sekolah selain dari sekolah kerajaan ditubuhkan. Tidak ada sekolah Cina, Sekolah Tamil dan sebagainya. Hanya Bahasa Indonesia sahaja dibenarkan untuk digunakan sebagai medium pengajaran kecuali subjek bahasa asing. Di Indonesia juga tidak dibenarkan rakyatnya menggunakan nama selain dari nama Indonesia walaupun mereka yang dari keturunan Cina atau India misalnya. Dan di Indonesia juga cuma Bahasa Indonesia sahaja yang diiktiraf sebagai  Bahasa rasmi.

Jadi, adakah salah kalau saya menggesa kerajaan Malaysia supaya mengikut jejak langkah Indonesia itu demi untuk keharmonian dan perpaduan nasional ?



1 comment: