Monday, May 13, 2013

SAYA KAGUM DENGAN ANWAR IBRAHIM.



Anwar Ibrahim memang hebat !

Anwar Ibrahim ada karisma yang hebat. Sampaikan bila dia kata benda yang hitam itu adalah putih, pengikut totoknya percaya bahawa benda yang hitam itu adalah putih. Nampaknya sahaja benda itu hitam tapi hakikatnya putih. Hebat. Misalnya kalau dia bercakap ada keluar bau durian, dan kalau kita tanya samada dia makan durian. Dia akan jawab.

"Mana ada .. hidung awak je yang bau macam tu"

Kalau dia kata BN menipu semasa pilihanraya, semua pengikut totoknya terus percaya tanpa sebarang soalan. Tak perlu fikir, sebab apa yang Anwar kata wajib betul dan mustahil salah. Sampai begitu sekali pendewaan pengikutnya terhdap beliau dia. Dan ini sangat bahaya.

Tidak ramai orang yang macam dia dalam dunia ini. Memang saya kagum dengan beliau dalam aspek ini. Yang hairannya kebanyakan pengikut totoknya tidak pun mengenal dia dari dekat. Mereka yang rapat dan bersama dengan dia semasa ABIM dan yang sama-sama menubuhkan PKR dulu, rata-rata telah meninggalkan beliau. Faktor ini sahaja sepatutnya sudah boleh membuka mata pengikutnya dan seterusnya meninggalkan dia. Akan tetapi itu tidak berlaku. Itu yang saya sangat kagum dengan Anwar.
  
Saya tidak tahu apakah ilmu yang dia pakai atau apakah benda yang dia sudah beri makan kepada pengikutnya hinggakan mereka sudah macam kerana rasuk.  Mengikut sahaja apa arahannya tanpa sedar.

Memang dia seorang tukang cakap (orator) yang cukup handal. Itu adalah satu anugerah. Sayangnya anugerah itu telah disesiakannya.Yang saya ingat orang yang punya kebolehan yang serupa dengan dia adalah Sukarno. Dia bisa bercakap berjam-jam lamanya. Pada masa itu pendengarnya lupa sekejap akan kemiskinan dan perut mereka yang lapar. 

Akan tetapi lihatlah apa yang telah ditinggalkan oleh Sukarno kepada rakyatnya berbanding Dr Mahathir misalnya. Dan sejarah juga akan akan melihat apakah yang telah ditanggalkan oleh manusia bernama Anwar Ibrahim untuk diwarisi oleh generasai akan datang. 



1 comment:

  1. Ya saya juga kagum dengan segelintir bangsa melayu dan majoriti kaum cina yang berkali2 boleh diperdayakan. Orang tamak selalu rugi. Betul kata pepatah melayu tu. ENOUGH IS ENOUGH. Cukuplah dari tahun 1999 sampai tahun 2006 aku terpedaya.. Skrg aku tak nak ditipu lagi.

    ReplyDelete