Sumber: Sini.
Anwar Ibrahim dan pengikut-pengikut buta dia sekarang sedang sangat bergembira kerana demontrasi mereka mendapat sambutan di setiap tempat ia dianjurkan. So what ?
Kalaulah melalui demontrasi, kerajaan tidak juga (dan tidak mungkin, Insyaallah) dapat ditumbangkan dan rakyat terbanyak semakin benci melihat gelagat mereka, apa lagi yang mahu mereka lakukan. Teruskan demonstarasi ? Sampai bila ? Lima tahun ? Alangkah ruginya masa anda semua dalam perjuangan yang sia-sia.
Saya sangat setuju dengan Karpal Singh yang tidak setuju Kerajaan digulingkan melalui kekerasan. Negara kita ada undang-undang. Kalau sudah tidak mahu lagi hormat pada undang-undang, mahu jadi apa anda semua ? Bukankah Anwar juga selalu berkata "no body above the law"
Di samping itu kita juga ada Parlimen dan DUN. Dalam Parlimen, ramai sekali YB dari PR. Begitu juga di setiap negeri ada YB dari PR di dalam DUN. Apa lagi di Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor yang dikuasai mereka. Berbahaslah dengan rasional, berdasarkan fakta dan kebijaksanaan agar ia boleh diadili oleh rakyat. Bukankah itu lebih berkesan, mudah, bertamaddun dan teratur daripada melalak macam orang kena rasuk di padang-padang, dicelah-celah bangunan dan di jalanan ?
No comments:
Post a Comment