Friday, May 3, 2013
KALAUA PAKATAN RAKYAT MENANG SAYA NAK TUNTUT DUA PERKARA SAHAJA.
Kalau Pakatan Rakyat menang dalam pilihanraya akan datang dan berjaya menawan Putrajaya, saya menuntut mereka melaksanakan dua perkara sahaja (selain dari tugas-tugas memerintah yang semua orang telah sedia maklumi). Ia tidak melibatkan wang. Kalau ada pun, sikit sangat. Ia sangat mudah dilaksanakan. Bahkan ia boleh dilaksanakan dengan segera.
Pertama:
Kebebasan kepada mass-media (tv, radio, akhbar dsb) untuk membuat laporan tanpa sebarang gangguan atau tekanan termasuklah membenarkan parti pembangkang menggunakan tv atau radio untuk menyiarkan berita tentang aktiviti-aktiviti mereka. Sebetulnya kebebasan media adalah salah satu tonggak negara demokrasi. Selain dari itu ia juga telah lama diperjuangkan oleh Anwar Ibrahim sejak dia dipecat dari UMNO dan juga jawatan Timbalan Perdana Menteri dan seterusnya makin lantang sejak PKR ditubuhkan.
Kedua:
Membuat perisytiharan harta secara umum dan bebas untuk disemak oleh sesiapa sahaja yang berkepentingan bagi semua harta benda yang telah dimiliki oleh setiap wakil rakyatnya serta keluarga masing. Ia juga perlu di buat pada setiap tahun untuk mengisytiharkan harta yang baru diperolehi. Perisytirahan ini haruslah di buat secara bersumpah dan jika didapati ada sesiapa yang secara sengaja menyembunyikan maklumat tentang harta mereka, mereka boleh didakwa dan dihukum penjara.
Itu sahaja tuntutan saya. Janji yang lain itu seperti penghapusan tol, imbuhan RM500 sebulan kepada guru, gaji minima RM1,100 sebulan tu mungkin susah sikit untuk dilaksanakan. Sekarang nampak tak susah. Bila dah memerintah nanti, tahulah.
Kalau dua perkara itu tidak boleh atau tidak mahu atau tidak mampu dibuat, saya pun tidak hairan kerana mereka akan beri beribu alasan seperti dijangkakan. Silap-silap fatwa baru pulak keluar nanti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment