Saturday, May 4, 2013

SEANDAINYA PARTI PAKATAN RAKYAT MEMERINTAH.

Seandainya Parti Pakatan Rakayt memenangi  PRU kali ini dan memerintah negara Malaysia, pasti ada masanya pihak yang menjadi pembangkang iaitu BN akan mengkritik dasar dan pendekatan Kerajaan PR dalam mentadbirkan negara yang dirasakan tidak betul. Mungkin juga sekali sekala akan ada demonstrasi menentang sesuatu projek yang mereka (BN) rasakan tidak menguntungkan  atau menjejaskan kesejahteraan rakyat.

Pada masa itu saya yakin kerajaan Pakatan Rakyat akan berkata atau mengingatkan agar pihak minoriti menghormati suara majoriti. Tambah mereka lagi, Islam menyuruh pihak yang kalah supaya menerima kekalahan sebagai takdir dan berdosa melawan kerajaan yang telah dipilih dengan sah oleh rakyat melalui proses undian yang telus dan adil.

Mereka juga akan meminta supaya pembangkang tidak menimbulkan huru hara yang boleh membantutkan pelaburan dari luar negara dan seterusnya akan merencatkan pembangunan negara. Mereka juga akan meminta pihak yang kalah supaya bermuhasabah diri sendiri memikirkan mengapa mereka telah ditolak oleh rakyat.

Saya bukannya tidak menaruh keyakinan kepada BN akan menang, tetapi sebagai seorang Islam yang beriman, saya tidak mahu melawan iradat dan takdir Allah SWT.  Saya menulis entri ini semata-mata untuk merakamkan jangkaan saya dan jika suatu hari nanti ia ternyata benar maka pada masa itu bolehlah saya 'refresh'  entri ini. 



  Gambar hiasan di ambil dari sini.




No comments:

Post a Comment