Gambar sekadar hiasan. Sumber sini.
Dua tiga hari lepas, saya ada terbaca dalam facebook mengajak semua orang menghantar e-mail kepada Kerajaan Amerika untuk menyatakan rasa tidak puas hati terhadap pengurusan PRU 13 yang tidak telus, tidak adil dan penuh dengan penipuan.
Kononnya Amerika bersedia menguruskan pilihanraya sekali lagi di Malaysia sekiranya mereka menerima permintaan yang banyak. Saya tidak pasti samada ada orang yang tak cukup akal yang berbuat begitu. Saya cuma ketawa kerana sampai begitu sekali tidak masuk akalnya pihak yang membuat seruan menghantar e-mail itu.
Apa kata kalau pada PRU akan datang, kita jemput Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) mengendalikan pilihanraya di negara kita. Pada masa itu saya fikir boleh memadamkan cakap-cakap yang sambung-sambung tanpa bukti yang mengatakan SPR bersekongkol dengan BN dalam PRU kali ini. Saya sedia minta maaf jika dakwaan penipuan ini dibawa kepada mahkamah dah seterusnya mahkamah memutuskan bahawa memang ada penipuan.
Kalau tidak setuju dengan cadangan menjemput UN mengendalikan PRU akan datang, apa kata kita minta Amerika menjadikan Malaysia sebaga negerinya yang 51 selepas Hawai. Orang tua-tua kata 'alang-alang berdakwat, biar sampai hitam'.
No comments:
Post a Comment